Permohonan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Akibat Banjir
PTPTN | Penangguhan Bayaran Balik Kepada Peminjam Terkesan Banjir
Kerajaan bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), selama tiga bulan kepada peminjam yang terkesan banjir.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, mereka boleh mengemukakan permohonan bermula 28 Disember ini hingga 31 Mac tahun depan.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang penangguhan ini.
Apa Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Bencana Banjir?
Susulan bencana banjir yang melanda negara dan mengakibatkan kemusnahan harta benda kepada mereka yang terlibat termasuk peminjam PTPTN, kerajaan telah bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama 3 bulan kepada peminjam PTPTN yang terkesan.
Keputusan ini diambil selari dengan aspirasi kerajaan hari ini yang prihatin serta komited membantu Kelaurga Malaysia dalam saat yang mencabar ini.
Diharapkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN ini dapat meringankan beban peminjam yang terkesan.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda negara.
Berikut dikongsikan info lanjut tentang cara untuk anda memohon penangguhan ini dan dokumen yang diperlukan. Permohonan boleh dibuat secara online.
Tarikh Permohonan
Peminjam yang terjejas boleh mengemukakan permohonan bermula 28 Disember ini hingga 31 Mac 2022.
Tarikh / Tempoh Penangguhan
Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat bencana banjir ini akan diberikan untuk tempoh tiga (3) bulan bermula pada bulan yang sama kelulusan permohonan diberikan PTPTN dan dua (2) bulan ke hadapan di antara Disember 2021 hingga Mei 2022.
Cara Mohon Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Banjir
Bagi memudahkan urusan peminjam PTPTN, pelaksanaan penangguhan bayaran balik ini adalah seperti berikut
Peminjam boleh mengemukakan permohonan mulai 28 Disember 2021 sehingga 31 Mac 2022 melalui portal rasmi PTPTN di (www.ptptn.gov.my/PenangguhanBayaranBalikBanjir) atau hadir ke mana-mana Cawangan PTPTN yang berhampiran. Tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan.
Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui e-mel dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan.
Untuk itu, peminjam adalah diingatkan agar mengemaskini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat kelulusan permohonan penangguhan tersebut dapat disampaikan kepada mereka.
Maklumat Lanjut Penangguhan PTPTN Akibat Banjir
Untuk maklumat lanjut berhubung permohonan penangguhan PTPTN akibat banjir ini, sila rujuk saluran berikut:
- Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000.
- Live chat di Portal PTPTN (www.ptptn.gov.my)
- Mengemukakan pertanyaan di pautan https://bit.ly/eAduanPTPTN. Pegawai PTPTN akan memberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Facebook PTPTN: https://www.facebook.com/PTPTNOfficial
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263