Bantuan Banjir Keluarga Malaysia RM10,000

bantuan banjir keluarga malaysia

Dalam perutusan Tahun Baru 2022 semalam, Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang melibatkan Pemberian Tunai RM10,000 Kepada Mangsa Banjir.

Bagi yang mengalami kemusnahan rumah secara total pula, jumlah bantuan boleh cecah RM61,000.

Keseluruhan pemberian tunai kepada mangsa boleh mencecah RM10,000 bagi setiap Ketua Isi Rumah. Inilah usaha Kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat tanpa perlu mengeluarkan wang simpanan KWSP.

Dengan usaha ini, pencarum boleh mengekalkan simpanan mereka dan menikmati dividen tahunan sekitar 5% sekaligus mereka boleh merancang masa depan selepas bersara.

Malah bagi mereka yang mengalami kemusnahan rumah secara total, jumlah bantuan jauh lebih tinggi dan boleh mencecah RM61,000.

blank

Berikut diperincikan setiap bantuan tersebut:

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia RM10,000

1. BANTUAN WANG IHSAN (BWI)

Bantuan pertama adalah Bantuan Wang Ihsan (atau BWI) sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah berbanding RM500 sebelum ini.

Bayaran Bantuan Wang Ihsan tersebut telah mula diberikan sejak 27 Disember yang lalu, iaitu 10 hari selepas kejadian banjir berbanding sebelum ini yang memakan masa 3 hingga 6 bulan.

Ini akan memanfaatkan lebih 45 ribu Ketua Isi Rumah. Angka yang akan menerima bantuan ini boleh bertambah ramai apabila kita selesai mengenal pasti mereka yang terkesan tetapi tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (atau PPS).

Setakat hari ini, seramai 20 ribu Ketua Isi Rumah telah menerima bantuan ini.

bantuan banjir keluarga malaysia

2. BAUCAR TUNAI RM500 UNTUK PEMBELIAN BARANGAN ELEKTRIK

Kedua, baucar tunai sebanyak RM500 Ringgit bagi pembelian barangan elektrik kepada setiap keluarga mangsa banjir bagi menggantikan barangan elektrik yang rosak akibat bencana banjir.

Pembelian boleh dibuat di premis atau di platform e-dagang yang diiktiraf oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Program ini akan dilaksanakan bermula 7 Januari 2022.

bantuan banjir keluarga malaysia

3. PERKHIDMATAN TUNDA KENDERAAN PERCUMA, DISKAUN & BAUCAR TUNAI

Banyak kenderaan yang rosak teruk akibat musibah banjir yang menjejaskan bukan hanya pergerakan tetapi juga punca pendapatan.

Bagi pemilik PERODUA dan PROTON yang terkesan, syarikat ini menawarkan pengecualian bayaran perkhidmatan tunda kenderaan dan upah baik pulih disamping diskaun 50% ke atas alat ganti.

Manakala syarikat lain pula menyediakan perkhidmatan tunda kenderaan secara percuma dan diskaun sekurang-kurangnya 25% ke atas alat ganti dan upah baik pulih di pusat servis yang berdaftar.

Bagi pemilik kenderaan yang rosak akibat banjir, Kerajaan turut menyediakan baucar tunai sebanyak RM1,000 bagi tujuan pembaikan atau pembelian semua kenderaan yang terkesan termasuk lori, kereta, motosikal dan lain-lain.

Pemberian baucar tunai dan diskaun akan dimulakan pada Januari 2022.

blank
bantuan banjir keluarga malaysia

4. BANTUAN TUNAI RM5000 UNTUK KEROSAKAN RUMAH

Keempat, Kerajaan juga akan menyediakan bantuan tunai sehingga RM5,000 bagi setiap keluarga untuk kerja-kerja pembaikan rumah kepada mangsa banjir yang mengalami kerosakan yang tidak serius.

Walau bagaimanapun, bagi kerosakan serius, Kerajaan sendiri akan mengurus baik pulih rumah dengan kos sehingga RM15,000.

Manakala, bagi rumah yang musnah dan tidak boleh diduduki, Kerajaan akan membantu sehingga kos RM56,000 setiap unit rumah dibina baru.

bantuan banjir keluarga malaysia

5. BANTUAN TUNAI RM2500 UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN

Kelima, memandangkan banyak sukarelawan serta NGO telah memberikan sumbangan peralatan kepada mangsa dan untuk mengelakkan pertindihan, Kerajaan bersetuju untuk memberikan wang tunai sebanyak RM2,500 khusus untuk pembelian barangan keperluan mengikut kesesuaian masing- masing.

Pemberian ini adalah khas untuk mereka yang mengalami kerosakan barangan akibat banjir.

bantuan banjir keluarga malaysia

Baca juga:

Perdana Menteri berharap dengan pemberian ini sedikit sebanyak dapat memberi sinar baharu kepada Keluarga Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk:

Perutusan Khas Perdana Menteri, oleh YAB Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob sempena Tahun Baru 2022