Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) – Cara Memohon & Kelayakan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) adalah merupakan salah salah inisiatif dan langkah proaktif yang dilaksanakan melalui Kementerian Ekonomi untuk bagi membasmi golongan miskin tegar.
Melalui program ini, kerajaan menyasarkan peserta IPR berupaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan bagi membolehkan mereka keluar daripada garis kemiskinan.
Sasaran ini berdasarkan kajian yang dilaksanakan pihaknya berasaskan garis kemiskinan tegar yang ditetapkan pada RM1,900. Kerajaan menetapkan sasaran 100,000 penerima mendapat manfaat daripada IPR.
Secara umumnya;
- IPR fokus dengan strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR.
- IPR menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan.
- IPR akan mewujudkan ekosistem antara pemohon, pemegang taruh dan masyarakat setempat.
- Permohonan IPR terdiri daripada kategori Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)
BACA JUGA: Program Bantuan Kad Perak Sejahtera – Cara Memohon
3 model Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)
INTAN | INSAN | IKHSAN |
Syarikat pertanianRantaian peruncitan makananPengeksportAgensi-agensi kerajaan berkaitanKoperasi | Pengusaha mesin menjual (vending machine)Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja merekaPemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan NegeriInstitusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawatStesen-stesen LRTHospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf | Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premisPremis-premis agensi kerajaan |
Program INTAN mungkin mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapat pendapatan kerana perlu menunggu sehingga sehingga hasil boleh dituai. Kerajaan telah mengambil kira bantuan untuk tempoh pemantauan 24 bulan termasuk penyediaan tapak, infrastruktur dan latihan termasuk elaun bulanan sementara hasil tuaian itu berlaku. | Pelbagai kemudahan diberikan termasuk latihan bisnes dan perniagaan secara percuma, teknologi, latihan kemahiran, tempat berniaga disediakan, bantuan promosi dan pemasaran dan lain-lain lagi menerusi koperasi. | Peserta boleh menjadi operator kawal selia kemudahan kerajaan seperti tandas awam atau pejabat dan mereka mendapat pendapatan dari dua sumber iaitu satu daripada kutipan harian orang bayar untuk masuk tandas atau kelengkapan kemudahan lain. |
Syarat-syarat Pemohon
- Warganegara Malaysia
- Pemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar
Cara Permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)
Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas, anda bolehlah menghantar permohonan dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
- Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian dan perlu berdaftar sebagai pengguna IPR terlebih dahulu dil aman web rasmi Inisiatif Pendapatan Rakyat dengan melayari pautan berikut: https://ipr.epu.gov.my/sign_up
- Isikan maklumat yang diperlukan seperti nama penuh, emel, kata laluan, pengesahan kata laluan.
- Seterusnya, klik ‘Hantar’
- Sahkan akaun anda dengan mengklik pautan yang dihantar ke emel anda.
- Log masuk akaun anda.
- Lengkapkan permohonan anda dengan mengisi segala butiran yang dilengkapkan.
BACA JUGA: Intipati Bajet 2023: Senarai Bantuan & 20 Inisiatif Penting
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/ipr.html