Menteri Besar Kelantan – Biodata Dato’ Hj Mohd Nassuruddin bin Daud

Menteri Besar Kelantan – Biodata Dato’ Hj Mohd Nassuruddin bin Daud ~ Pada 12 Ogos yang lalu telah berlangsung Pilihan Raya Negeri di enam buah negeri yang terlibat. Berikutan itu, pelantikan baru telah dilakukan mengikut keputusan hasil undian yang diperoleh. 

Pelantikan Menteri Besar Kelantan

Untuk makluman anda, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti, Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud secara rasminya diisytiharkan sebagai Menteri Besar Kelantan ke-15, pada 15 Ogos 2023.

Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud telah melafazkan sumpah bagi menyandang jawatan tersebut di hadapan Al-Sultan Kelantan KDYMM Sultan Muhammad V, di Istana Negeri Kubang Kerian. 

Beliau dilantik bagi menggantikan YB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob yang memegang amanah tersebut selama dua penggal iaitu dari tahun 2013 hingga 2023.

Sebelum ini, Dato’ Nassuruddin ialah penyandang jawatan ADUN Meranti sejak 1995 dan telah berjaya mempertahankan kerusi di DUN Meranti dengan majoriti undi 9,154 sekaligus menewaskan calon Barisan Nasional, Zahri Omar dalam PRN15 baru-baru ini. 

Menteri Besar Kelantan
Sumber : RTM

Di Kelantan, keputusan Pilihan raya Negeri ke-15 (PRN15) menyaksikan Perikatan Nasional (PN) Kelantan kekal menerajui tampuk kepimpinan negeri ini selepas memenangi 43 daripada 45 kerusi DUN yang dipertandingkan. 

BACA JUGA: Menteri Besar Terengganu – Biodata Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar

Biodata Dato’ Hj Mohd Nassuruddin bin Daud – Menteri Besar Kelantan

Berikut dikongsikan biodata Menteri Kelantan yang terbaru:

MAKLUMAT PERIBADI 

  • Nama Penuh  : Dato Hj Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud
  • Nama Isteri : Datin Wan Nor Hanita bt Wan Yaacob
  • Bilangan Anak : 7 orang
  • Tempat Asal : Pasir Mas
  • Umur : 58 tahun (2023) 

PENDIDIKAN

  • Sekolah rendah: Sekolah Rendah Kebangsaan Meranti
  • Sekolah Menengah: Sekolah Menengah Arab Pasir Mas & Maahad Muhammadi (L) Kota Bharu
  • Universiti: Universiti Al-Azhar, Mesir

PENGALAMAN KERJAYA

  • Guru Yayasan Islam Kelantan
  • Timbalan Speaker DUN Kelantan (2005-2008)
  • ADUN Meranti (1995-2018)
  • Exco Kerajaan Negeri Kelantan (2013-Kini)

PENGLIBATAN PARTI & KEMASYARAKATAN

  • Ketua Pemuda PAS Rantau Panjang
  • Timbalan YDP PAS Pasir Mas  (hingga sekarang)
  • AJK PAS Pusat (hingga sekarang)
  • Ketua Penerangan PAS Negeri Kelantan
Menteri Besar Kelantan

BACA JUGA: Menteri Besar Negeri Sembilan – Biodata Datuk Seri Aminuddin bin Harun

Exco Terkini 2023 Negeri Kelantan

Berikut ialah sembilan ADUN lain yang dipilih sebagai exco baru bagi negeri Kelantan bagi penggal ke-15:

ExcoADUN
Md Anizam Ab RahmanKemahang
Dr Izani HusinKijang
Tuan Saripuddin Tuan IsmailSelising
Wan Roslan Wan HamadPengkalan Kubor
Rohani IbrahimTanjong Mas
Mohd Asri Mat DaudDemit
Zamakhshari MohamadApam Putra
Hilmi AbdullahGuchil
Kamaruddin Md NoorAyer Lanas

Kesimpulan 

Akhir kata, semoga semua yang dilantik dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin bagi membantu kemajuan negeri Kelantan khususnya. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: