Menteri Besar Terengganu – Biodata Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri

Menteri Besar Terengganu – Biodata Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar ~ Pilihan Raya Negeri baru sahaja tamat diadakan di 6 buah negeri yang terlibat. Beberapa pelantikan baru telah dilaksanakan mengikut hasil undian yang diperolehi. 

Di Terengganu, hasil undian menyaksikan PN sapu bersih 32 kerusi dun yang dipertandingkan.

Pelantikan Menteri Besar Terengganu

Menteri Besar Terengganu - Biodata Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar

Secara rasminya, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu penggal baharu, iaitu penggal kedua baginya selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Beliau telah melantik 10 barisan exco Terengganu 2023 dalam satu majlis Istiadat Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar dan Melafaz Sumpah Jawatan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Syarqiyyah pada 15 Ogos 2023 (Selasa). 

Dalam PRN Negeri Sembilan baru-baru ini, beliau yang juga Naib Presiden Pas mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaimi Sulaiman dengan majoriti 17,286 undi selepas memperoleh 20,927 undi, manakala Suhaimi mendapat 3,641 undi.

BACA JUGA: Menteri Besar Negeri Sembilan – Biodata Datuk Seri Aminuddin bin Harun

Biodata Menteri Besar Terengganu

Menteri Besar Terengganu - Biodata Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar

Berikut merupakan biodata penuh Menteri Besar Terengganu.

Maklumat Peribadi

  • Nama: Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
  • Tarikh lahir: 16 November 1970
  • Umur: 48 Tahun
  • Asal: Jerteh, Besut, Terengganu
  • Isteri: Tuan Faizah binti Tuan Ab Rahman

Pengajian Tinggi

  • PhD (Aeroengine ignition and combustion. high altitude engine failure) School of Mechanical Engineering. University of Leeds, UK (2001)
  • Masters Of Science in Combustion and Energy. Centre for Combustion Studies. University of Leeds. UK (1996)
  • B.Eng. in Mechanical and Materials Engineering Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysia (1993)

Kerjaya

  • Professor in Practice. Universiti Selangor Darul Ehsan (UNISEL)
  • Professor Madya, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2006-2008
  • Pensyarah, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM.2001-2006
  • Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2003-2008
  • Pegawai Penyelidik, Fakulti Kejuruteraan, USM. 1994-1995
  • Jurutera Quality Assurance, Hitachi Consumer Products. 1993-1994

Pencapaian

  • Anugerah Penyelidik Cemerlang Universiti Putra Malaysia, 2005
  • Anugerah Pencapaian Khas, dari Federal Agency for Industry (ROSPROM), Russian Federation: 54th World Exhibition of Innovation. Research & NewTechnologies, Brussels, 2005
  • Pingat Emas, 54th World Exhibition of Innovation. Research & New Technologies, Brussels, 2005
  • Anugerah Khidmat Cemerlang, Universiti Putra Malaysia 2003
  • Anugerah Khidmat Cemerlang, Universiti Putra Malaysia 2004

Kerjaya Politik

  • Menteri Besar Terengganu (9 Mei 2018 hingga kini)
  • ADUN Rhu Rendang (9 Mei 2018 hingga kini)
  • Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli Negeri Terengganu
  • Setiausaha Politik kepada Presiden Pas (2008-2018)
  • Naib Presiden Pas (21 Jun 2019)
  • Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat (2017-2019)
  • Timbalan Pengerusi Pas Humanitarian Affairs and Relief (2017 hingga kini)
  • Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hubungan Luar Pas Pusat (2015-2017)
  • Setiausaha Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pas Pusat (2013-2015)
  • Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik dan Pilihanraya Pas Pusat (2009 hingga kini) 
  • Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas Terengganu
  • Yang Dipertua Pas Kawasan Marang
Menteri Besar Terengganu - Biodata Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar

Senarai Exco Terkini Terengganu 2023

Berikut ialah senarai Exco Terengganu yang terkini:

  • Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Adun Ru Rendang) – Ekonomi, Kewangan, Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli
  • Dato’ Satiful Bahari Mamat (Paka) – Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan
  • Wan Sukairi Wan Abdullah (Wakaf Mempelam) – Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Ariffin Deraman (Alur Limbat) – Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna
  • Dr. Azman Ibrahim (Jabi) – Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi
  • Mohd Khuzaini Ab Rahman (Kota Putera) – Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau
  • Hanafiah Mat (Cukai) – Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar (Termasuk skop pengurusan bencana)
  • Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi (Batu Buruk) – Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah
  • Hishamuddin Abdul Karim (Tepuh) – Pembangunan Belia, Sukan dan NGO
  • Maliaman Kassim (Ajil) – Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional
  • Datuk Razali Idris (Kijal) – Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
Menteri Besar Terengganu - Biodata Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar

BACA JUGA: Menteri Besar Kelantan – Biodata Dato’ Hj Mohd Nassuruddin bin Daud

Kesimpulan

Akhir kata, semoga semua yang dilantik dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin bagi membantu kemajuan Negeri Terengganu khususnya. 

Bagi mengetahui maklumat lebih  lanjut mengenai protfolio Menteri Besar Terengganu dan Exco terkini 2023, anda boleh layari laman web rasmi kerajaan negeri Terengganu di pautan berikut:  https://www.terengganu.gov.my/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: