BPN 2.0: Tarikh Akhir Permohonan 15 November Ini

Orang ramai yang bukan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020 sebelum ini, tetapi memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan diingatkan agar membuat permohonan BPN 2.0 selewat-lewatnya pada 15 November ini.

Dalam satu kenyataan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan bahawa permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 boleh dibuat secara dalam talian di https://bpn.hasil.gov.my/.

“Seperti telah diumumkan oleh kerajaan, Bantuan Prihatin Nasional 2.0 merupakan inisiatif kerajaan di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Kita Prihatin, bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.”

“Bagi permohonan baharu diluluskan, pembayaran akan dilakukan pada Januari 2021,” menurut kenyataan itu.

Baca juga: Kemaskini BPN 2.0: Cara Tukar Status Bujang Kepada Berkahwin / Bercerai

Syarat Kelayakan

Untuk makluman, pemohon yang layak membuat permohonan baharu BPN 2.0 adalah bukan penerima BPN 2020 sebelum ini dan memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

1. Kategori BPN 2.0 B40

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
    • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

Kategori BPN 2.0 M40

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; dan
    • Pendapatan Isi Rumah bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000.
  • Bujang
    • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
    • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
    • Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000.

NOTA:

Bagi yang bertukar status contohnya daripada bujang kepada berkahwin, dan berkahwin kepada bercerai dan sebaliknya, anda boleh mengemukakan permohonan / rayuan sekiranya menepati syarat-syarat.

Begitu juga dengan seseorang yang berstatus pelajar sepenuh masa dan sudah bekerja dan menepati syarat kelayakan.

Muat turun BORANG PERMOHONAN BPN 2.0

Soalan lazim (FAQ) Permohonan Baharu BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0

Baca juga: Lanjutan Moratorium: Cara Mohon Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (Mulai 23 Nov 2020)

tarikh bayaran bpn 2.0

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklum balas, orang ramai boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan mengisi borang maklum balas di portal rasmi LHDN melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: