Koleksi Pantun Merdeka 4 Kerat Yang Menarik 2023
Pantun Merdeka ~ Tidak lama lagi, negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan, iaitu tepat pada 31 Ogos.
Sepanjang bulan Ogos ini, sudah pasti pelbagai aktiviti mahupun pertandingan yang diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira peringkat umur.
Salah satu aktiviti atau pertandingan yang sering diadakan ialah pantuan merdeka. Jadi, sekiranya anda tercari-cari idea mengenai pantun merdeka yang menarik, anda boleh rujuk koleksi pantun merdeka yang dikongsikan di bawah ini.
Koleksi Pantun Merdeka 4 Kerat Yang Menarik
Berikut adalah koleksi pantun merdeka yang anda boleh jadikan sebagai inspirasi sempena bulan kemerdekaan kali ini. Semoga ida dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam diri kita.
CONTOH 1
Dari Kelantan Ke Negeri Melaka,
Singgah Berehat di Pekan Kuantan,
Sudah 66 Tahun Malaysia Merdeka,
Hidup Aman Tiada Keperitan.
CONTOH 2
Jalur gemilang Bendera Malaysia
Megah Berkibar Setiap Hari
Selalulah Kita Berdoa PadaNya
Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni.
CONTOH 3
Bunga Raya Di Dalam Dulang,
Daunnya Pula Di Makan Ulat,
Rakyat Dibela Pemimpin Dijulang,
Malaysia Merdeka Kekal Berdaulat.
CONTOH 4
Burung Bangau Di Sawah Padi,
Luka Berdarah Diikat Tali,
Jika Patriotisme Kurang Disemadi,
Mungkin Sejarah Lampau Berulang Kembali.
CONTOH 5
Terbang Tinggi Si Burung Merpati
Hinggap Sebentar Di Atas Dahan
Sudah 66 Tahun Kemerdekaan Dirai
Negara Sejahtera Penuh Kenangan.
CONTOH 6
Bersyukur Kita Menjadi Rakyat Malaysia,
Bumi Bertuah Indah Permai,
66 Tahun Kita Merdeka,
Rakyat Hidup Aman Damai.
CONTOH 7
31 Ogos Tarikh Keramat,
Bersama kita Menyambut Merdeka,
Bersatu Berazam Penuh Semangat,
Mari Pertahankan Kemerdekaan Kita.
CONTOH 8
Setiap Tahun Kita Menyambut Merdeka,
Jalur Gemilang Berkibar Megah,
Sejarah Malaysia Jangan Pula Dilupa,
Beratus Tahun Kita Dijajah.
CONTOH 9
Bulan Kemerdekaan Disambut Penuh Semangat,
Sambil Mengharap Malaysia Terus Berjaya,
31 Ogos Tarikh Keramat,
Bersama Kita Menyambut Merdeka.
CONTOH 10
Meredah Hujan Untuk Kembara,
Rehat Sebentar Menjamu Juadah,
Hargai Merdeka Yang Kita Rasa,
Hilang Ia Sesal Tak Sudah.
CONTOH 11
Tanah Ini Tanah MELAYU,
Pedagang Datang Ingin Berniaga, S
erahkan Budi Bukan TANAHmu,
Pertahankan NEGARA, Pertahankan BANGSA.
CONTOH 12
Sampan Kolek Menuju Ke Hilir,
Sarat Muatan Si Buah Kelapa,
Jangan Berkata Hanya Di Bibir,
Cintakan Negara Apa Buktinya?
CONTOH 13
Bersatu Padulah Rakyat Malaysia,
Elakkan Diri Dari Pergaduhan,
65 Tahun Negara Merdeka,
Negara Makmur Terus Berwawasan.
CONTOH 14
Tanah Air Ku Terus Terbilang,
Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan,
Ayuh Kibarkan Jalur Gemilang,
Semarakkan Bersama Bulan Kebangsaan.
CONTOH 15
Lagu negaraku lagu kebangsaan,
Dihafal dan diingati oleh semua,
Tugu negara lambang pengorbanan,
Pembakar semangat kepada semua.
CONTOH 16
Pergi ke kedai membeli asam,
Asam dibeli bersama gula,
Semangat patriotik harus ditanam,
Supaya diri cintakan negara.
[Sumber: noryhoney, infosentral]
Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Merdeka! Merdeka! Merdeka!