Kalendar Islam 2024 & Tarikh-tarikh Penting (1445-1446 H)
Kalendar Islam 2024 & Tarikh-tarikh Penting (1445-1446 H)
Terdapat 12 bulan dalam satu tahun Masihi bermula dari bulan Januari hingga Disember, begitu juga dengan kalendar Islam di mana terdapat 12 bulan bermula dari bulan Muharram ke bulan Zulhijjah.
Kalendar Hijrah/Islam adalah kalendar lunar/qamariah yang dikira berdasarkan kepada pergerakan bulan mengelilingi Matahari.
Kalendar Masihi pula dikira berdasarkan kepada pergerakan bumi mengelilingi Matahari.
BACA JUGA: Tarikh Buka Sekolah & Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 – KPM
Kalendar Islam 2024 – Mengikut Bulan
Berikut dikongsikan kalendar Islam 2024 mengikut bulan:
Anda juga boleh melihat kalendar Islam (live) dalam laman web e-Solat JAKIM di pautan ini: https://www.e-solat.gov.my/
Tarikh-tarikh Penting
Berikut dikongsikan tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2024 di Malaysia seperti Israk Mikraj, Awal Ramadhan, Nuzul Al-Quran, Hari Raya Puasa, Awal Zulhijjah, Hari Raya Aidiladha, Awal Muharram dan Maulidur Rasul.
Dengan tarikh ini, bolehlah kita merancang ibadah dengan baik dan melakukan puasa sunat.
Menurut Laman Web Mufti WP, Hari yang paling afdhal berpuasa ialah:
- Puasa hari Asyura (10 Muharram)
- Sembilan hari daripada awal Zulhijjah
- Hari Isnin
- Hari Khamis.
- Hari Putih (Ayyamul Bidh) 13, 14, dan 15 haribulan setiap bulan Islam dalam takwim Hijrah.
NOTA: 27 Rejab (Hari Israk Mikraj) tidak termasuk dalam puasa-puasa sunat yang dituntut kecuali ia berlaku pada hari Isnin atau Khamis.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di pautan berikut: https://www.e-solat.gov.my/.