Pakej Rahmah Allo: Harga Dan Perincian Pakej, Cara Langgan

Pakej Rahmah Allo: Harga Internet, Perincian Pakej, Cara Langgan ~ Seperti yang kita ketahui, mempunyai akses internet adalah satu keperluan pada masa kini. Namun begitu, tidak semua mampu untuk memiliki akses internet yang baik. 

Sehubungan dengan itu, Pakej Rahmah Allo diperkenalkan dengan harga mampu milik agar semua rakyat Malaysia mampu memiliki akses internet terbaik. 

Berikut dikongsikan maklumat lebih lanjut mengenai pakej ini. 

Pakej Rahmah Allo

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil telah melancarkan Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap Allo. 

Pakej Rahmah Allo atau sebelum ini dikenali sebagai Pakej Perpaduan Allo menawarkan perkhidmatan internet kediaman pada harga rendah berbanding pasaran. 

Pakej Rahmah Allo: Harga Dan Perincian Pakej, Cara Langgan

Semua inisiatif pakej internet yang diumumkan Kementerian Komunikasi Digital sebelum ini yang dikenali sebagai Pakej Perpaduan dijenamakan semula sebagai Pakej Rahmah selaras keputusan jemaah menteri.

Penjenamaan semula Pakej Perpaduan kepada Pakej Rahmah antara lain adalah bagi memperingati jasa bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mempelopori konsep Rahmah.

Tawaran jalur lebar tetap khas mampu milik ini diwujudkan untuk rakyat Malaysia terutamanya golongan sasar yang memerlukan. 

Penawaran pakej ini amat bertepatan dengan konsep Malaysia Madani yang dipupuk Kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia mampu mendapat kesejahteraan dari aspek sosial dan ekonomi serta merapatkan jurang digital.

Inisiatif ini diwujudkan dengan kerjasama Allo Technology Sdn. Bhd. yang juga merupakan anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pakej Rahmah Allo: Harga Dan Perincian Pakej, Cara Langgan

Golongan Sasaran

Pakej Rahmah Allo ini disasarkan untuk golongan B40, belia, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas.

Di samping itu, pakej internet ini juga turut boleh dilanggan golongan veteran tentera, pesara polis, pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR)/ Perumahan Awam (PA).

Harga & Perincian Pakej

Pakej Rahmah Allo ditawarkan pada harga RM69 sebulan untuk kelajuan internet 100Mbps tanpa had data. Untuk pengetahuan anda, ia merupakan pelan jalur lebat tetap dengan harga terendah di Malaysia. 

Pakej Rahmah Allo: Harga Dan Perincian Pakej, Cara Langgan

Antara pakej internet lain yang turut diumumkan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi adalah Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih (Prabayar) dan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Internet Kediaman) serta Pakej Perpaduan PPR/PA@MyKabel.

Akses Rangkaian Liputan

Akses rangkaian liputan Pakej Rahmah Allo setakat ini meliputi beberapa buah negeri seperti Kedah, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Cyberjaya. Akses ini diharap dapat diperluaskan lagi pada masa hadapan. 

Cara Melanggan Pakej Rahmah Allo

Pengguna boleh melanggan pakej ini bermula 28 Julai 2023. Tawaran dibuka sepanjang masa. Pakej Rahmah Allo ini tertakluk kepada kontrak 24 bulan.

Sila layari pautan berikut: www.citybroadband.my  atau terus ‘walk-in’ ke Kedai Tenaga berdekatan. Anda juga boleh menghubungi talian perkhidmatan Allo di talian berikut: 1300-38-8000.

Sebelum itu, pelanggan disaran membuat semakan kawasan liputan Allo terlebih dahulu dan membuat carian menggunakan alamat kediaman rumah atau bandar tempat tinggal. Sila layari laman sesawang berikut: https://www.citybroadband.my/support/coverage-map/ 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai pakej ini, sila emelkan pertanyaan anda ke: [email protected] atau hubungi talian berikut: 1300-38-8000

Jangan lupa ikuti FACEBOOK CITY BROADBAND untuk info terkini mengenai Pakej Rahmah Allo. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: