Hati-hati Buang Bungkusan Pos Yang Tertera Maklumat Peribadi – PDRM

Berikutan tular sebuah video yang menunjukkan taktik scammer mencuri maklumat peribadi melalui bungkusan pos, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi peringatan kepada orang ramai untuk berhati-hati ketika melupuskan atau buang bungkusan pos, sampul surat atau bungkusan yang mengandungi maklumat peribadi setelah melakukan pembelian secara atas talian.

Dalam video yang dimuatnaik oleh Jemels.co berkenaan, penjenayah memperoleh maklumat peribadi mangsa seperti nama, nombor telefon dan alamat rumah daripada bungkusan kiriman barangan dibuang mangsa ke dalam tong sampah di tempat awam.

Penjenayah akan mula menghubungi dan mengganggu mangsa dengan menggunakan nombor telefon berlainan bertujuan untuk mendapatkan wang termasuk pergi ke rumah mangsa dengan menyamar sebagai pekerja syarikat penghantaran.

Penjenayah kemudian memaklumkan kepada ahli keluarga mangsa yang berada di rumah untuk membuat pembayaran terlebih dahulu disebabkan barang yang dihantar masih belum dibayar.

Baca juga: Kelulusan Automatik i-Sinar: 20 Contoh Penerima Kategori 1 Yang Layak Tanpa Dokumen Sokongan

Pastikan Buang Bungkusan Pos Dengan Cara Yang Selamat

“Ingin diingatkan kepada orang ramai untuk sentiasa berhati-hati apabila membuang sampul surat atau bungkusan yang ada mengandungi maklumat peribadi mereka.”

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, ianya bagi mengelakkan maklumat pembeli seperti nama, nombor telefon dan alamat rumah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memperdayakan pembeli.

“Pastikan pembuangan dibuat dengan cara yang selamat bagi mengelakkan maklumat tersebut digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan,” kata beliau.

buang bungkusan pos
buang bungkusan pos

“Masyarakat juga digesa untuk membuat laporan polis sekiranya pernah menjadi mangsa penipuan yang menggunakan modus operandi agar siasatan sewajarnya dapat dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jangan Sewenang-wenangnya Buat Bayaran

Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan agar orang ramai memeriksa terlebih dahulu barangan yang dibeli sebelum melakukan pembayaran kerana merupakan takstik scammer dalam menipu mangsa.

“Sebagai contoh, sila pesan kepada ahli keluarga atau wakil penerima yang berada di rumah untuk tidak sewenang-wenangnya membuat pembayaran ke atas barangan dihantar sebelum mendapat pengesahan daripada ahli keluarga membuat pesanan.

Zainuddin berkata, kaedah pembelian secara dalam talian sememangnya menjadi trend masyarakat masa kini kerana menjimatkan masa dan harga ditawarkan pula lebih murah.

buang bungkusan pos

Baca juga: Promo AirAsia Dari RM12 Sehala Mulai 7 Disember & Senarai Destinasi

“Walaupun sehingga kini masih tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kes sedemikian, pihak polis memberi jaminan siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat akan dilaksanakan sekiranya kes sebegini dilaporkan,” katanya.

Jadi lepas ni, kena lebih berhati-hati dan ingat ahli keluarga masa nak buang bungkusan pos di rumah tu ya!

*Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, PDRM

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: