Cara Tutup Akaun Netflix Dengan Serta Merta

Cara Tutup Akaun Netflix ~ Netflix adalah merupakan salah satu platform penstriman penstriman berasaskan langganan yang membolehkan pengguna menonton rancangan TV dan filem pada peranti yang disambungkan ke Internet.   

Bergantung pada pelan yang dilanggan, pengguna juga boleh memuat turun rancangan TV dan filem pada peranti iOS, Android atau Windows 10 anda dan menonton tanpa sambungan Internet.

BACA JUGA: Twitter Akan Caj 20USD Sebulan Untuk Akaun Pengguna Sah

Cara Daftar Netflix

Terminate Akaun Netflix

Untuk mula menonton Netflix, anda boleh rujuk langkah-langkah dibawah:

  1. Layari laman web rasmi Netflix di pautan berikut: https://www.netflix.com/signup 
  2. Seterusnya, pilih pelan yang anda ingin langgan.
  3. Cipta akaun dengan memasukkan alamat e-mel anda dan cipta kata laluan.
  4. Masukkan kaedah pembayaran.

NOTA: anda akan dikenakan caj sekali sebulan pada hari yang sama dengan hari pendaftaran anda.

Cara Tutup Akaun Netflix Dengan Serta Merta

Anda boleh menukar pelan anda atau membuat pembatalan dalam talian pada bila-bila masa. Sekiranya anda ingin membatalkan atau ‘terminate’ akaun netflix yang anda langgan, sila rujuk langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk ke akaun Netflix anda atau layari laman web Netflix: www.netflix.com dan log masuk ke akaun anda. 
  2. Klik profil anda > Pergi ke bahagian Akaun
  3. Klik pada pilihan ‘Keahlian dan penagihan’ > Kemudian pilihan ‘Batalkan Keahlian.’
  4. Klik pilihan ‘Selesaikan Pembatalan’ untuk menyelesaikan prosesnya
  5. Sebaik sahaja dibatalkan, anda akan menerima emel pengesahan.
  6. Selesai. 

NOTA PENTING:

  • Ini satu-satunya cara untuk membatalkan akaun anda dan menamatkan keahlian anda. Langkah mendaftar keluar daripada akaun anda atau memadamkan aplikasi Netflix di peranti anda tidak membatalkan akaun anda.
  • Anda tidak akan dikenakan caj lagi melainkan anda memulakan semula akaun anda. Jika anda membuat pembatalan sementara masih terdapat baki masa dalam tempoh pengebilan anda, anda boleh menggunakan Netflix sehingga akaun dibatalkan secara automatik pada penghujung tempoh pengebilan.
  • Jika anda membuat pembatalan sementara masih terdapat baki masa dalam tempoh pengebilan anda, anda boleh menggunakan Netflix sehingga penghujung tempoh pengebilan. Untuk melihat tarikh penutupan akaun anda, semak butiran pengebilan anda.
  • Untuk memastikan tiada sesiapa dalam isi rumah anda yang boleh memulakan semula Netflix tanpa kebenaran anda, pastikan anda menukar kata laluan anda setelah membatalkan keahlian anda. 
  • Pastikan anda menandakan kotak yang menyatakan Daftar keluar daripada semua peranti. Tetapan ini akan menukar kata laluan semasa anda dan mendaftar keluar daripada mana-mana peranti yang akaun anda mungkin masih didaftar masuk.

BACA JUGA: Instagram Dilaporkan Bermasalah, Akaun Pengguna Digantung

Bagaimana Jika Saya Ingin Melanggan Semula Netflix?

Tidak seperti Astro, anda boleh memulakan semula akaun Netflix anda pada bila-bila masa walaupun setelah anda tutup akaun / terminate kerana ia adalah langganan tanpa tempoh kontrak tertentu. 

Caranya; 

Log masuk ke Netflix dan pilih Mulakan Semula Keahlian anda daripada mana-mana profil (kecuali profil Kanak-kanak) untuk memulakan semula akaun Netflix anda. 

NOTA PENTING:

  • Pihak Netflix menyimpan aktiviti tontonan anda selama 10 bulan setelah akaun anda ditutup. Jadi, maklumat tersebut akan tersedia jika anda memulakan semula akaun anda dalam tempoh tersebut. 
  • Jika anda perlu menetapkan semula kata laluan anda, anda akan dialihkan ke halaman Akaun anda di mana anda akan memilih Tambah pelan penstriman > Mulakan Semula Keahlian Anda.
  • Jika akaun anda tidak aktif, anda akan diminta untuk memulakan semula keahlian anda sebaik sahaja anda log masuk ke Netflix. Tarikh pengebilan anda akan berubah kepada tarikh anda memulakan semula keahlian anda.
  • Jika akaun anda aktif, anda boleh mengekalkan status anda dengan memilih pautan Mulakan Semula Keahlian Anda pada halaman Akaun anda. Tarikh pengebilan anda tidak akan berubah.
  • Jika anda ingin menggunakan kaedah pembayaran yang berbeza, sila semak pilihan pembayaran yang tersedia.

Sumber: https://help.netflix.com/ms/node/407

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: