Penambahbaikan Cuti Kuarantin Covid-19 Untuk Menjaga Anak (JPA)
KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN, JENIS PENYAKIT BERJANGKIT & PROSEDUR PERMOHONAN
Berita baik untuk ibu bapa. Sekiranya anak anda perlu dikuarantin bagi penyakit berjangkit (seperti Covid-19) , anda boleh mendapatkan kemudahan cuti menjaga anak yang dikuarantin (maksima 5 hari).
Nama kemudahan cuti kuarantin dipinda kepada cuti menjaga anak dikuarantin atau perlukan pengasingan kerana penyakit berjangkit.
Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 7 Mac 2022.
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 43/35 Jld.12(8): Penambahbaikan Kemudahan Cuti Kuarantin, bertarikh 4 Mac 2022.
Selaras dengan keprihatinan kepada institusi kekeluargaan dalam konteks penjagaan kesihatan anak, Kerajaan telah bersetuju supaya Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin.
Sebelum ini hanya ada 6 penyakit berjangkit yang tersenarai, tambahan “lain lain penyakit berjangkit” memberi lebih banyak kemudahan untuk ibu bapa yang bekerja.
Sila rujuk notis penambahbaikan cuti kuarantin JPA ini melalui lampiran di bawah.
Baca juga: Masih Positif Covid Selepas Kuarantin 7 Hari, Ini Penjelasan Doktor
PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN
3 perkara yang ditambahbaik adalah seperti berikut:
1. KEMUDAHAN
Nama Kemudahan Cuti Kuarantin dipinda kepada “Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan.”
Diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit dan perlu kuarantin.
2. PENYAKIT
Penambahan lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau Swasta.
3. KADAR TEMPOH CUTI
Kadar tempoh cuti / bilangan hari cuti terhad maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.
Pegawai yang memerlukan tempoh tambahan boleh memohon Cuti Rehat / Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang berkelayakan.
Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan Arahan Bekerja Dari Rumah (BDR).
Senarai Penyakit Berjangkit
- HFMD
- Demam denggi
- Campak (Measles)
- Chicken Pox
- Difteria
- Malaria
- Lain-lain penyakit berjangkit yang diperaku oleh pegawai perubatan
Prosedur Permohonan Cuti Kuarantin
- Dapatkan perakuan dari pegawai perubatan Kerajaan atau swasta
- Lengkapkan Borang Permohonan Cuti Kuarantin
- Hantar Kepada Ketua Jabatan
Tempoh Cuti Kuarantin
Maksimum 5 hari.
Syarat Kelayakan
Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana
Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu
dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan untuk menjaga anak yang sakit.
Pegawai yang layak Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau
Memerlukan Pengasingan adalah ibu dan bapa yang sah.
Anak adalah termasuk:
(a) anak kandung;
(b) anak tiri tanggungan;
(c) anak angkat de facto;
(d) anak angkat; dan
(e) anak pelihara.
Pemberian Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan
Pengasingan kepada pegawai adalah seperti berikut:
(a) tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari
bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-
mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih
rendah, termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari
Kelepasan Am;
(b) syarat anak yang dikuarantin adalah:
- (i) berumur bawah 18 tahun atau jika masih belajar bawah 21 tahun; dan
- (ii) tidak kira apa jua umurnya bagi yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.
(c) pegawai yang memerlukan tempoh tambahan boleh memohon Cuti Rehat/
Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang berkelayakan. Selain itu, apabila
keadaan seseorang pegawai adalah mengizinkan dan berupaya melaksanakan
tugasan di rumah, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan Bekerja Dari
Rumah sepertimana peruntukan MyPPSM Ceraian SR.4.1.2 (Dasar Bekerja
Dari Rumah).
Surat Edaran, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR.5.4.4 Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan dan Soalan lazim boleh dimuat turun melalui pautan berikut:
Surat Edaran Penambahbaikan Kemudahan Cuti Kuarantin Untuk Anak
Muat Turun :
1. Surat Edaran :JPA.SARAAN(S)43/35 Jld.12(8)
2. Ceraian SR.5.4.4 (Kemudahan Cuti Kuarantin)
3. Soalan Lazim
Pertanyaan lanjut:
Tel: 03-8885 5660/ 5692/ 5689/ 5609 atau emel [email protected].