SSPN Umum Dividen 3% Bagi Tahun 2021. Ini Cara Semakan Penyata

SSPN mengumumkan pemberian dividen tahun 2021 membabitkan anggaran peruntukan RM206.25 juta dan agihan dividen tiga peratus (3%) yang akan memberikan manfaat kepada 5.24 juta pendeposit akaun Simpan SSPN.

Dividen 3% yang diberikan ini masih lagi kompetitif berbanding keuntungan akaun semasa dan akaun simpanan tetap.

Ia juga mengambil kira mandat pelaburan PTPTN yang dibenarkan oleh kerajaan adalah terhad kepada pasaran wang dan pasaran sukuk.

Produk Simpan SSPN masih lagi menawarkan kadar pulangan yang menarik dan kompetitif.

Selain dividen, instrumen simpanan yang diperkenalkan PTPTN memberi banyak lagi kepelbagaian, keistimewaan dan manfaat kepada masyarakat Malaysia.

Dividen sspn 2021

Baca juga: Cara Buka Akaun SSPN Online, Semak Penyata & Bayaran

Cara Semakan Dividen & Penyata SSPN Online

Anda boleh membuat semakan penyata mulai 25 Februari 2022 di pautan www.lovesspn.com

Penyata akaun SSPN kini tidak lagi dihantar ke rumah anda melalui pos. Untuk makluman anda, penyata akaun SSPN boleh disemak secara online selepas 48 jam pembukaan akaun dilakukan. 

CARA SEMAK DIVIDEN & PENYATA ONLINE /  PENDAFTARAN AKAUN SSPN

1. Klik link semak penyata yang terdapat di bawah. 

2. Klik pendaftaran Online E-SSPN-i/Prime bagi SSPN-i/Prime ATAU daftar pengguna baru bagi akaun SSPN Plus.

3. Masukkan maklumat yang diminta semasa pendaftaran dan klik simpan atau daftar.

4. Semak email yang anda masukan semasa pendaftaran dan klik link yang diberikan oleh pihak SSPN / PTPTN untuk pengaktifan.

5. Masukkan nombor kad pengenalan pendeposit dan kata laluan yang telah anda buat semasa pendaftaran.

Sila klik pautan di bawah untuk semakan penyata secara online.

[SEMAK PENYATA SSPN-i/PRIME]

[SEMAK PENYATA SSPN PLUS]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: