Penyertaan Sukarelawan Kesihatan Bagi Menangani Pandemik COVID19
PENYERTAAN SUKARELAWAN KESIHATAN BAGI MENANGANI PANDEMIK COVID-19 (KKM)
KKM menyeru penglibatan SUKARELAWAN KESIHATAN untuk membantu KKM dalam menangani wabak COVID-19.
Tenaga sukarelawan ini AMAT diperlukan bagi meringankan beban yang dipikul petugas-petugas kesihatan KAMI di seluruh negara.
Jawatan Yang Diperlukan
- Pegawai Perubatan
- Pegawai Pergigian
- Penolong Pegawai Perubatan
- Jururawat
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Juruteknologi Makmal Perubatan
Syarat Penyertaan Sebagai Sukarelawan KKM
Syarat-syarat menyertai khidmat sukarelawan ini adalah:
- Berusia antara 18 hingga 60 tahun
- Sihat dan cergas secara fizikal dan mental
- Tidak mengandung bagi wanita
- Telah mendapat kebenaran majikan bagi yang bekerja
- Bukan anggota KKM
- Sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan
- Tiada sejarah kontak rapat dengan kes COVID19 dalam masa 14 hari
*KKM tidak menyediakan pengangkutan, penginapan, makanan ataupun elaun / gaji bagi sukarelawan. Segala kos sepanjang khidmat sukarelawan adalah ditanggung sendiri.
Baca juga: 12 Langkah Self Lockdown (Kawalan Pergerakan Kendiri) Yang Disarankan KKM
Kepada mereka yang ingin berbakti sebagai sukarelawan, sila lengkapkan borang di pautan berikut: https://forms.gle/ktiuH2mjRePBCZLm9
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang pertanyaan lanjut, sila e-mel kepada: [email protected]