in

Lanjutan Tarikh Renew Lesen Memandu & Roadtax Kepada 31 Disember – JPJ

ADVERTISEMENT

MAKLUMAN TARIKH AKHIR PEMBAHARUAN LMM DAN LKM (RENEW LESEN & ROADTAX) DILANJUTKAN KEPADA 31 DISEMBER 2021

PENGECUALIAN MEMPERBAHARUI LESEN KENDERAAN MOTOR DAN LESEN MEMANDU MALAYSIA DILANJUTKAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2021

ADVERTISEMENT

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) amat peka dengan maklum balas dan kesukaran orang ramai baru-baru ini dalam menggunakan perkhidmatan agensi-agensi di bawahnya seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

Sehubungan itu, MOT telah memutuskan untuk memberi pelanjutan terhadap tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) sehingga 31 Disember 2021.

Selaras dengan keputusan ini, mana-mana pemilik LKM dan LMM yang telah tamat tempoh sah tidak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan dan pematuhan oleh pihak JPJ serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 31 Disember 2021.

Pemilik LKM yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans yang sah. Sijil Perlindungan Insurans (e-cover note) yang sah perlu dipaparkan dan ditunjukkan bagi tujuan pemeriksaan.

Kaunter Bagi Urusan JPJ Akan Dibuka Secara Walk-In 100% 6 September 2021

Bagi pengoperasian kaunter pula, semua kaunter JPJ dan rakan strategik akan beroperasi secara walk-in 100% mulai 6 September 2021.

Pelanggan yang ingin berurusan di kaunter JPJ mestilah mendapat vaksinasi lengkap sebagai langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan orang ramai termasuk kakitangan yang bertugas.

Pada masa yang sama, pelawat juga perlu menunjukkan status Risiko Rendah COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

Dalam masa sama, orang ramai digalakkan menggunakan perkhidmatan dalam talian menerusi portal mySIKAP JPJ (https://public.jpj.gov.my), atau melalui portal dalam talian rakan-rakan strategik JPJ yang lain seperti Pos Malaysia Berhad, MyEG dan PUSPAKOM, untuk membuat apa-apa transaksi JPJ yang berkaitan. Ini bertujuan mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ serta memberi kemudahan dan kesenangan kepada orang ramai dalam membuat transaksi pembaharuan LKM dan LMM.

Sila rujuk cara membuat pembaharuan lesen dan roadtax online melalui MySikap: mySIKAP: Cara Renew Lesen JPJ Online & Roadtax Tanpa Ke Kaunter

*Sumber: https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1985203554980472

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

walk in kaunter jpj 6 september 2021

Dah Boleh Walk-In, Tiada Lagi Janjitemu Online JPJ Mulai 6 Sept 2021

Cara Padam Lambakan E-mel Yang Kita Tak Nak Secara Serentak