Semua Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Akan Dibuat Sebelum Hari Raya

BAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP BERMULA 18 APRIL 2022

Status kelulusan Pengeluaran Khas KWSP telahpun mula diumumkan melalui semakan secara atas talian di portal rasmi berkenaan.

Susulan itu, ramai sudah mula tertunggu-tunggu bayaran yang dijadualkan pada 20 April 2022.

Namun hari ini, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa pembayaran bagi Pengeluaran Khas ini akan dipercepatkan kepada 18 April bagi memenuhi keperluan pemohon.

Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Dipercepatkan Kepada 18 April 2022 – Tengku Zafrul

bayaran pengeluaran khas kwsp

Perkara tersebut dimaklumkan melalui media sosial beliau beserta sebuah video:

Ramai yang message dan komen dalam social media saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”

Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.

Saya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri #KeluargaMalaysia, InsyaAllah.

Sumber: Facebook Tengku Zafrul

Semua Pembayaran Akan Diselesaikan Sebelum Hari Raya

Dalam sebuah video susulan bertarikh 19 April, Tengku Zafrul juga telah meyakinkan pemohon yang masih belum diluluskan bahawa pembayaran akan diproses secepat mungkin.

Ini kerana jumlah permohonan yang diterima adalah begitu besar, iaitu dengan 5.3 juta permohonan merangkumi jumlah pengeluaran berjumlah RM 40.1 bilion.

Namun, KWSP telah memberi komitmen dan akan memastikan semua bayaran akan dibuat sebelum Hari Raya.

Cara Semakan Status & Tarikh Bayaran

Untuk makluman, ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui 2 kaedah berikut:

i. Portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my:
Menu Semak Status Permohonan

Rujuk langkah di bawah:

Pengeluaran Khas KWSP Kini Dibuka Untuk Semakan (rujuk panduan penuh ini untuk memudahkan proses semakan anda)
Panduan Penuh:

  1. Layari Portal Pengeluaran Khas KWSP
  2. Klik ‘Teruskan’
  3. Klik ‘Semakan Status Permohonan’
  4. Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
  5. Isi No Telefon Bimbit
  6. Sahkan Captcha
  7. Klik ‘Semak Status’
  8. Keputusan Permohonan Dipaparkan seperti di bawah.

MAKSUD STATUS PERMOHONAN ANDA

A) Permohonan Anda Telah Diterima

  • Permohonan Pengeluaran Khas anda telah diterima, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.
  • Bayaran akan dibuat pada 20 April 2022

B) Permohonan Tiada Dalam Rekod

  • Semak semula dan pastikan maklumat yang dimasukkan adalah sama dengan maklumat semasa permohonan dibuat.
  • Sekiranya masih mengalami masalah, hubungi hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4242 (waktu bekerja) untuk maklumat lanjut.
Sumber : Facebook Kumpulan Simpanan Wang Pekerja

ii. i-Akaun (Ahli):
Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran

Untuk membuat semakan melalui i-Akaun, sila ikuti langkah berikut:

  1. Login ke i-Akaun
  2. Pergi ke menu PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  3. Klik SEJARAH PENGELUARAN / WITHDRAWAL HISTORY
  4. Search PENGELUARAN KHAS
  5. Status pengeluaran / pembayaran akan dipaparkan

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: