PerantiSiswa 2022: Semakan Status & Tarikh Terima Peranti

Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi tujuan itu, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.

Menurut sumber terkini, permohonan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi pelajar golongan B40 di institusi pengajian tinggi (IPT), akan dibuka semula mulai 1 Ogos hingga 30 September 2022.

Menjelaskan isu kelewatan ini, difahamkan bahawa tender terbuka telah pun dibuka sebelum ini. Namun, pada peringkat pertama, Kementerian Kewangan telah meminta melakukan semula tender, kerana beberapa perkara perlu dibetulkan. Disebabkan olehnya, tender terbuka kedua terpaksa dilakukan, sekaligus membawa kepada kelewatan berbanding sasaran awal.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Pakej Peranti Siswa ini.

Apakah PerantiSiswa Keluarga Malaysia?

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di bawah Belanjawan 2022 diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Inisiatif ini bertujuan untuk membantu proses pembelajaran mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 melalui pemberian sebuah peranti.

Inisiatif ini membuktikan keprihatinan Kerajaan yang cakna dengan keperluan pembelajaran terutamanya bagi golongan B40 bagi membentuk komuniti digital Keluarga Malaysia serta merapatkan jurang digital antara semua kelompok Keluarga Malaysia.

Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.

Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.

*Tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditetapkan.

Kelayakan Tablet Percuma Pakej PerantiSiswa

Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej tablet percuma ini.

Perincian kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Mahasiswa yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850.
  2. Mahasiswa yang belajar di peringkat pengajian berikut:
    • Diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA)
    • Politeknik
    • Kolej Komuniti
    • Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Jenis Peranti Yang Dibekalkan

 Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet Samsung Galaxy Tab A8 LTE:

  • Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
  • Android OS 10 dan ke atas
  • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
  • Minimum RAM 4GB
  • Minimum storan 64GB
  • Slot SD Micro sehingga 256GB
  • Kamera hadapan minimum 2MP
  • Kamera belakang minimum 5MP
  • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
  • Bluetooth 4.1 dan ke atas
  • WiFi 2.4GHz & 5Ghz
  • Bateri minimum 4500 mAh
  • Pengecas USB disertakan
  • Papan kekunci bluetooth disertakan
  • Pen stylus disertakan.

Tarikh Pendaftaran / Permohonan

Tempoh permohonan pakej Perantisiswa ini bermula pada 15 April 2022.

Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa Kedua pula akan dibuka mulai 1 Ogos hingga 30 September dan diperluaskan kepada penuntut di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta siswa siswi di kolej matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan.

Pengagihan peranti pula akan mula dilaksanakan pada tarikh berikut:

  • Fasa 1: Hujung Ogos / September 2022
  • Fasa 2 : Oktober / November 2022

Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh KKMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.

Baca juga: Semakan Bantuan Keluarga Malaysia RM2,000 Untuk B40

Cara Permohonan

Permohonan berkenaan hanya boleh dibuat menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) iaitu:

https://perantisiswa.kkmm.gov.my/

Cara Permohonan

Permohonan dibuka secara atas talian di laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my/

Berikut disertakan Manual Pengguna Sistem Permohonan PerantiSiswa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia:

perantisiswa
perantisiswa
perantisiswa
perantisiswa
perantisiswa
perantisiswa
perantisiswa

Terma & Syarat

  1. Pemberian satu (1) unit peranti adalah untuk pemohon yang memenuhi syarat-syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:
    • Warganegara Malaysia;
    • Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
    • Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda;
    • Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
    • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
    • Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
  2. Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.
  3. Peranti akan diberikan secara Kaedah Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula mengikut kaedah yang ditetapkan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.
  4. Peranti perlu dipulangkan apabila mahasiswa tersebut:
    • menamatkan pengajian;
    • berhenti pengajian;
    • dibuang pengajian;
    • menyalahgunakan peranti yang dibekalkan sehingga mendatangkan kemudaratan atau menyalahi undang-undang negara; atau
    • melanggar apa-apa syarat yang ditentukan oleh Pentadbir Program dari semasa ke semasa.
  5. Penerima peranti perlu melaporkan kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.
  6. Pentadbir Program atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Pentadbir Program berhak untuk mengarahkan penerima peranti untuk menyerahkan tablet tersebut untuk diperiksa pada bila-bila masa.
  7. Penerima peranti adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima.
  8. Penerima peranti juga perlu memastikan peranti yang diterima tidak diconteng, ditulis atau dibuat sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.
  9. Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.
  10. Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.
  11. Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.
  12. Penerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut Tentang Pakej Peranti Siswa

  • Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan PerantiSiswa, sila e-melkan ke [email protected] atau melalui talian berikut:
  • ▪ 03-8911 5351
    ▪ 03-8911 5258
    ▪ 03-8911 5265
    ▪ 03-8911 5188

    Waktu operasi:
    8.00 pagi hingga 6.00 petang
    Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am)

    8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
    Sabtu dan Ahad

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk:

https://perantisiswa.kkmm.gov.my/faq.php

1. Apakah itu Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia ?

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

2. Siapakah yang layak untuk menikmati tawaran pakej ini?

Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej ini.

3. Syarikat telekomunikasi manakah yang terlibat dalam menyediakan pakej ini?

Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).

4. Bilakah pendaftaran akan bermula?

Tempoh pendaftaran dijangka akan bermula pada 15 April 2022 dan akan dibuka semula pada 1 Ogos hingga 30 September 2022. Peranti akan diagihkan pada Ogos 2022.

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: