in

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Untuk Keluarga, Bujang & Warga Emas

ADVERTISEMENT

Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.

“Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.

“Bantuan tunai langsung itu ditambah baik dengan memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.

ADVERTISEMENT

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk makluman bersama.

Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperkenal dan bantuan tunai ditambahbaik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar ia merangkumi lebih ramai penerima yang layak.

Berikut adalah jumlah bantuan yang diperuntukkan:

Bajet2022, kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan beberapa pembaharuan.

BKM ini akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.

KATEGORI 1: BUJANG

Bagi individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah seramai 3.8 juta akan menerima sebanyak RM350 seorang.

KATEGORI 2: KELUARGA

Manakala bagi isi rumah yang mempunyai 3 orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 akan menerima RM2,000.

KATEGORI 3: WARGA EMAS

Kategori baharu iaitu warga emas bujang yang berpendapatan kurang RM5,000 akan menerima RM600.

Sumber: DS Ismail Sabri

Tarikh Permohonan / Kemaskini Maklumat

Bagi permohonan baharu dan kemas kini BKM, tempoh pendaftaran akan dibuka mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022 bagi memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data Kerajaan diberikan peluang untuk memohon.

Tarikh Bayaran

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia akan dilaksanakan 4 kali setahun.

Tarikh pembayaran pertama dijangka bermula pada bulan Mac 2022.

FAQ Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Dikongsikan di sini ringkasan Bantuan Keluarga Malaysia untuk rujukan semua yang dikemaskini oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri menerusi laman web BPR.

Rujuk: Cara Mohon Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Lain-lain Bantuan Dalam Bajet 2022

Bantuan Awal Persekolahan

Bantuan Awal Persekolahan kanak-kanak sebanyak RM150 dinaikkan daripada RM100 tahun lalu.

Diskaun PTPTN

Diskaun bayaran balik PTPTN diumumkan melalui Bajet 2022 iaitu:

  • Diskaun 15 peratus untuk bayaran penuh pinjaman
  • Diskaun 12 peratus untuk bayaran 50 peratus pinjaman
  • Diskaun 10 peratus untuk bayaran secara ansuran gaji dan debit

Diskaun ini akan mula diberikan mulai 1 November 2021.

Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar RM100

Buat pertama kalinya bajet ini menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400,000 guru sekolah KPM.

Bonus Penjawat Awam RM700, Pesara RM300

Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta RM350 kepada satu juta pesara kerajaan.

Selain itu, terdapat pelbagai lagi bantuan dan inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022, antaranya:

  • Pengedaran secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40
  • Peranti Siswa B40 diperuntukkan untuk semua siswa dan siswi B40, dianggarkan akan memanfaatkan lebih 600,000 pelajar.
  • Kerajaan sediakan RM80 juta di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia beri perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui caruman KWSP dan Perkeso
  • Untuk meningkatkan wang dalam tangan bagi rakyat, KWSP akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11% ke 9% sehingga Jun 2022.
  • Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi memberi akses pembiayaan kepada pekerja gig, pengusaha kecil dan petani membeli rumah.
  • RM11 juta Subsidi ujian mammogram dan ujian saringan kanser serviks kepada wanita.
  • RM30 Juta turut diperuntukkan untuk memperluaskan i-Saraan dalam menggalakkan pekerja sektor informal menabung untuk persaraan, memanfaatkan 100,000 peserta.
  • RM300 juta bagi Program e-Start – Kredit RM150 one-off kedalam akaun e-dompet belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa di IPT

Maklumat Lanjut Pembentangan Bajet 2022

Maklumat lanjut tentang pembentangan bajet 2022 boleh dilayari di laman web Kementerian Kewangan Malaysia di pautan berikut:

https://budget.mof.gov.my/ms/

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

bantuan jkm

11 Skim Bantuan JKM 2021: Cara Daftar, Semakan & Kemaskini Online

Bantuan Awal Persekolahan 2022 RM150: Semakan Syarat & Kelayakan