Jemur Kain Lap Warna Putih, Ini Pula Yang Berlaku

Minggu lepas kempen bendera putih dilancarkan oleh rakyat Malaysia bagi membantu golongan yang memerlukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berlangsung ketika ini.

Kempen yang dibuat dikira berjaya sehinggakan ada keluarga yang susah mengibarkan bendera putih telah pun mendapat bantuan.

Namun, lain pula cerita bagi satu keluarga ini. Seorang pengguna Facebook bernama Annie Sait berkongsi satu hantaran berkenaan pengalaman yang dikira kelakar dan unik berkenaan dengan kempen berdera putih ini.

Apa yang menariknya ialah kain jemuran berwarna putih yang dijemur di luar rumah dianggap sebagai tanda memerlukan bantuan.

Warganet terhibur dengan kejadian yang berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *