in

Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka (One Off) 2022

bantuan ibu tunggal melaka
ADVERTISEMENT

BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL KERAJAAN NEGERI MELAKA
(FASA 2)

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka telah mengumumkan satu insentif kepada golongan ibu tunggal di Negeri Melaka bagi membantu meringankan beban mereka.

Sehubungan dengan itu, permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati bermula esok (5 Ogos 2022).

ADVERTISEMENT

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan tersebut.

Apakah Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka (One Off)?

Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka (One Off) adalah satu insentif kepada golongan ibu tunggal di Negeri Melaka bagi membantu meringankan beban mereka.

Kategori Pemohon

Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) bagi kategori :

  • Ibu yang telah diceraikan secara hidup atau mati dan masih mempunyai tanggungan atau tidak;
  • Mempunyai suami tidak berupaya untuk bekerja disebabkan sakit terlantar atau Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tidak berkemampuan untuk bekerja atau banduan; atau
  • Ibu tunggal yang mempunyai anak angkat beserta dokumen pengangkatan yang sah.

Syarat- syarat Kelayakan

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan menetap (tinggal) di Melaka; dan
  2. Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) seperti dalam tafsiran definisi Ibu Tunggal; dan
  3. Mempunyai pendapatan seisi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu sebanyak RM1, 289.00 atau RM 337.00 per-kapita.

Cara Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka (One Off) 2022

Sila dapatkan borang permohonan di :

Pejabat Pembangungan Wanita Negeri Melaka
Aras 15, Menara Persekutuan, Jln Persekutuan, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Waktu Operasi

  • Isnin – Khamis
    • 8.00 Pagi – 1.00 Petang
    • 2.00 Petang – 5.00 Petang
  • Jumaat
    • 8.00 pagi – 12.15 tgh hari
    • 2.45 petang – 5.00 petang

…………………………………………………..

Pejabat Pembangungan Wanita Negeri Melaka, KPWKM
Aras 1, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, 75300 Melaka

Waktu Operasi

  • Isnin – Khamis I Sabtu & Ahad
    • 8.00 Pagi – 1.00 Petang
    • 2.00 Petang – 5.00 Petang
  • Jumaat
    • 8.00 pagi – 12.15 tgh hari
    • 2.45 petang – 5.00 petang

……………………………………………………………….

Borang permohonan ini perlulah dikembalikan semula ke pejabat ini sebelum atau pada tarikh tutup.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN SEPERTI DALAM LAMPIRAN DI BAWAH:

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2022 (Rabu).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Facebook Bahagian Pembangunan Wanita Negeri, Jabatan Pembangunan Wanita (PPWM Melaka)

Baca juga:

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

i-lindung

i-Lindung KWSP : Syarat & Cara Permohonan

semakan prasekolah

ePrasekolah KPM: Semakan Penempatan Prasekolah KPM Sesi 2023 & Rayuan