FAQ BPR Fasa 1: Senarai Soalan Lazim Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat

SENARAI FAQ BPR 2021 FASA PERTAMA

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, bayaran BPR telah bermula pada 24 Februari.

Mungkin ada yang dah terima bayaran, ada yang masih dalam proses pengkreditan, dan ada yang kurang faham kenapa maklumat akaun tidak dikemaskini dalam pembayaran BPR Fasa 1 ini.

Di sini kami kongsikan senarai penuh FAQ BPR 2021 untuk rujukan bersama.

FAQ BPR 2021 (Soalan Lazim Tentang Pembayaran Fasa Pertama
Bantuan Prihatin Rakyat)

1. Siapakah yang akan menerima bayaran Fasa Pertama BPR 2021?

Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan diterima oleh penerima lulus sedia ada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000.

2. Berapakah bayaran Fasa Pertama BPR 2021 yang akan diterima?

Bayaran Fasa Pertama yang akan diterima adalah seperti berikut:

Kategori Bayaran

  • Isi Rumah RM300
  • Individu Bujang RM150
    • Berumur 21 tahun – 59 tahun
    • OKU berumur 18 tahun – 59 tahun

3. Bilakah tarikh pembayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan dibuat?

Pembayaran Fasa Pertama BPR 2021 adalah seperti berikut:

  • Ada Akaun: Mulai 24 Februari 2021
    (dikreditkan ke akaun bank pembayaran terakhir BSH 2020 / BPN 2.0)
  • Tiada Akaun: Tuntutan tunai di Cawangan BSN mulai 25 Februari 2021

4. Bagaimanakah kaedah bayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan dilaksanakan?

Pembayaran Fasa Pertama adalah seperti berikut:

i. Berjaya kredit ke akaun bank.

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pembayaran terakhir penerima yang lulus dan berjaya kredit BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan.

ii. Tunai di Kaunter BSN

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
a. Pembayaran terakhir BSH 2020 / BPN 2.0 adalah secara tunai; atau
b. Pengkreditan tidak berjaya ke akaun bank yang didaftarkan semasa BSH 2020 / BPN 2.0

5. Bagaimanakah kaedah pembayaran BPR Fasa 1 (tiada akaun bank) bagi penerima kawasan pedalaman di negeri Sabah dan Sarawak?

Kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman negeri Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan diselaraskan melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak secara bersepadu berdasarkan jadual lokasi pembayaran yang telah ditentukan.

Jadual lokasi pembayaran boleh dirujuk pada laman utama portal rasmi BPR untuk maklumat lanjut.

6. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya tidak dapat hadir ke lokasi kaunter pembayaran pedalaman yang telah dijadualkan?

Penunaian boleh dilakukan di mana-mana cawangan BSN yang berdekatan

7. Adakah pembayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan dibuat kepada pemohon?

Pembayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan dibuat kepada penerima pembayaran terakhir permohonan BSH 2020 / BPN 2.0. Penerima adalah merujuk kepada pemohon atau pasangan yang telah menerima bayaran BSH 2020 / BPN 2.0 sebelum ini.

8. Akaun bank yang saya laporkan semasa permohonan BSH 2020 / BPN 2.0 salah atau tidak aktif. Adakah saya boleh membuat kemas kini maklumat akaun bank bagi bayaran Fasa Pertama BPR 2021?

Kemas kini maklumat akaun bank bagi bayaran Fasa Pertama BPR 2021 tidak dibenarkan.

Sekiranya akaun yang dilaporkan salah atau tidak aktif, pengkreditan yang dibuat akan gagal kredit dan kaedah pembayaran adalah seperti jawapan bagi Soalan 4.

Baca juga: Cara Semakan No Baucer BPR Untuk Penerima Tunai (Fasa 1)

9. Adakah saya layak menerima Fasa Pertama BPR 2021, sekiranya saya telah membuat permohonan baharu dalam tempoh permohonan BPR 2021?

Sekiranya permohonan anda adalah permohonan baharu, anda tidak layak untuk bayaran Fasa 1 BPR 2021 (Rujuk jawapan bagi soalan 1).

10. Saya telah lulus BSH 2020 / BPN 2.0 dan tidak mengemaskini permohonan BPR 2021, adakah saya layak menerima Fasa Pertama BPR 2021?

Rujuk jawapan bagi soalan 1

11. Saya telah mengemaskini maklumat akaun bank semasa permohonan BPR 2021. Adakah pembayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan dibuat ke maklumat akaun bank berkenaan?

Pembayaran Fasa Pertama BPR 2021 adalah berdasarkan maklumat bayaran terakhir BSH 2020 / BPN 2.0 (Rujuk jawapan bagi soalan 4).

12. Suami saya telah lulus BSH 2020 / BPN 2.0 dan telah meninggal dunia pada Disember 2020. Adakah saya layak menerima bayaran Fasa 1 BPR 2021?

Penerima BSH 2020 / BPN 2.0 yang meninggal dunia tidak layak menerima Fasa 1 BPR 2021.

*Baca FAQ penuh oleh LHDN: https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021(FAQ)BayaranFasaPertama.pdf

bpr 2021

Maklumat Lanjut

Anda dinasihatkan untuk membuat semakan status kelayakan dan kaedah pembayaran BPR 2021 fasa 1 tersebut terlebih dahulu melalui :

i) Layari laman sesawang https://bpr.hasil.gov.my; atau

ii) Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Hotline BPR, LHDNM melalui talian 1-800-88- 2747

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: