in

Cara Semakan No Baucer BPR Untuk Penerima Tunai (Fasa 1)

no baucer bpr fasa 1
ADVERTISEMENT

CARA SEMAKAN NO BAUCER BPR 2021 (FASA 1)

Seperti yang diumumkan oleh Tengku Zafrul menerusi Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia, semakan kelulusan BPR 2021 boleh dibuat mulai 24 Februari.

Bayaran Fasa 1 ini juga telah mulai dikreditkan kepada penerima mulai 24 Februari 2021 (Rabu) secara berperingkat.

Manakala bagi penerima tunai, anda akan menerima bayaran mulai 25 Februari (Khamis).

Cara Semakan No Baucer BPR Fasa 1 Untuk Penerima Tunai

Menurut notis rasmi dari BSN berkenaan Bayaran Bantuan prihatin Rakyat (BPR) 2021 Fasa 1, pembayaran akan bermula pada 25 Februari 2021 (Khamis).

no baucer bpr

Cara membuat semakan status adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi BPN iaitu https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad yang didaftarkan.
  3. Tekan butang ‘Semakan Status’.
  4. Jika sistem telah menerima permohonan anda, status ‘Permohonan Diterima’ akan dipaparkan.
  5. Sila klik pada ‘Maklumat Bayaran’ untuk penerangan lanjut.
    • ‘Dalam Proses Pengkreditan’ = bermakna wang akan dikreditkan melalui akaun bank. Maklumat bayaran / akaun bank anda akan dipaparkan. (LULUS)
    • Penerima tunai pula akan menerima Nombor Baucer untuk ditebus di BSN.
    • Jika tiada maklumat di atas, sama ada permohonan anda masih diproses atau jika dipaparkan ‘Alasan’ = akan diterangkan kenapa tidak lulus (TIDAK LULUS)

Jumlah Bayaran BPR Fasa 1 Yang Akan Diterima

Bayaran Fasa Pertama yang akan diterima adalah seperti berikut:

  • Kategori Isi Rumah : RM300
  • Individu Bujang berumur 21 tahun – 59 tahun / OKU berumur 18 tahun – 59 tahun : RM150

Baca juga: Semakan Bayaran BPR Fasa 1 Kategori Bujang & Berkahwin

Dokumen Yang Perlu Dibawa

Untuk menerima bayaran BPR secara tunai, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Pelanggan juga diminta untuk mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1 meter dan wajib memakai topeng muka semasa melakukan transaksi perbankan di mana-mana ATM rangkaian MEPS dan di kaunter Cawangan BSN.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.

Maklumat Lanjut Tentang No Baucer BPR Fasa 1

Untuk mendapatkan info terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila rujuk

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
  • Hotline BPR LHDNM : 1-800-88-2747
  • Hotline BPR MoF : Hotline BPR MoF
  • E-mel : Hotline BPR MoF

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan dan kemaskini maklumat, sila rujuk soalan lazim di SINI.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Gaming Laptop Serendah RM2399 Anda Boleh Dapatkan Di Lazada

cara pos barang guna kapal terbang firefly

Firefly Air Cargo: Cara Pos Barang Guna Kapal Terbang, 3 Jam Je Sampai