Semakan Bayaran BPR Fasa 1 Kategori Bujang & Berkahwin
Untuk makluman semua pemohon dan yang berkenaan, tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kini dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021, manakala bayaran BPR Fasa 1 dijadualkan pada hujung Februari 2021.
Sebelum ini, tarikh akhir permohonan telah dibuka dari 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021.
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah berkenaan diambil bagi bagi memastikan BPR akan diterima oleh mereka yang benar-benar layak, serta mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di hampir seluruh negara pada ketika ini.
Menurutnya, dengan adanya proses pendaftaran baharu/kemaskini ini, sebahagian daripada mereka yang tidak lulus dan belum menerima BPR masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk diverifikasi semula.
Tarikh Bayaran BPR Fasa 1
Mulai 22 Februari 2021, difahamkan ada pemohon yang telah menerima bayaran BPR Fasa 1 ini.
Bayaran tersebut telah dikreditkan ke akaun bank mereka seperti mana bayaran BPN dan BSH yang lalu.
Menurut kenyataan rasmi LHDN sebelum ini, bayaran dijadualkan akan diterima pada penghujung Februari 2021 secara berperingkat.
Baca juga: Tarikh Bayaran BPR Fasa Pertama (Dipercepatkan Kepada Februari 2021)
Jadi, mungkin ada yang dapat awal sedikit dan mungkin ada yang lewat sedikit.
Apapun, anda boleh membuat semakan status masing-masing melalui portal BPR atau terus check akaun bank untuk mengetahui status bayaran anda.
Cara Semakan Status Bayaran BPR
Untuk membuat semakan status bayaran melalui Portal BPR (Bantuan Prihatin Rakyat), sila rujuk langkah berikut:
- Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
- Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang ‘Semak Status’
- Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.
- Jika tertulis ‘Permohonan Diterima’, sila klik pada ‘Maklumat Bayaran’ seperti dalam gambar di bawah.
- ‘Dalam Proses Pengkreditan’ = bermakna duit akan masuk tak lama lagi.
- ‘Alasan’ = akan diterangkan kenapa tidak lulus
Jika lulus, akan keluar maklumat bayaran macam ni:
Bagi penerima tunai (tak ada akaun bank) pula, nanti akan dipaparkan maklumat nombor baucer macam gambar di bawah ni.
Jika TIDAK LULUS, akan dinyatakan alasannya di situ. Tak ada maklumat akaun. tak ada nombor baucer atau status DALAM PROSES PENGKREDITAN yang dipaparkan.
Ok? Semoga membantu.
Baca juga: Cara Semakan Status ‘Permohonan Diterima’ BPR 2021
Kadar Bayaran BPR Yang Akan Diterima Mengikut Kategori (Bujang & Berkahwin)
Kadar bantuan yang diterima adalah seperti berikut:
1. Kategori Isi Rumah: Pendapatan Bawah RM2500
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) diperuntukkan sebanyak RM 1,200 bagi isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM 2,500 dengan satu orang anak.
Bagi isi rumah dengan dua orang anak atau lebih, kadar bantuan BPR 2021 ialah sebanyak RM1,800.
2. Kategori Isi Rumah: Pendapatan RM 2501-RM4,000
Kadar bayaran BPR yang akan diterima bagi isi rumah berpendapatan RM 2,501- RM 4,000 dengan satu anak ialah RM 800.
Manakala kadar bantuan RM 1,200 diberikan untuk isi rumah dengan dua anak atau lebih.
3. Kategori Isi Rumah: Pendapatan RM 2501-RM4,000
Kadar bantuan berjumlah RM 500 diperuntukkan bagi isi rumah berpendapatan RM 4,001- RM 5,000 dengan satu anak.
Manakala jumlah bayaran berjumlah RM 750 diperuntukkan bagi kategori isi rumah dengan dua anak atau lebih.
4. Kategori Bujang: Pendapatan RM2,500 Ke Bawah
Akhir sekali, kategori BPR bujang akan menerima RM 350 bagi yang layak, iaitu mereka yang berpendapatan RM 2,500 ke bawah.
Rujuk ringkasannya dalam jadual di bawah:
Bayaran BPR Fasa 2
Baki bayaran akan diterima melalui Bayaran Fasa 2 BPR yang dijangka dibuat awal bulan Mei 2021.
Maklumat Lanjut
Pemohon BPR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPR iaitu, https://bpr.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.
*Sumber: Harian Metro