Tarikh Bayaran BPR Fasa Pertama (Dipercepatkan Kepada Februari 2021)
Tarikh bayaran BPR 2021 fasa pertama akan dipercepatkan kepada penghujung bulan Februari 2021 daripada April / Mei yang dijadualkan sebelumnya.
Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan diterima oleh penerima lulus sedia ada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000.
Berikut adalah info terkini tentang bayaran fasa pertama BPR 2021 yang dimaklumkan oleh pihak LHDN melalui kenyataan rasmi di laman web Bantuan Prihatin Nasional.
Baca juga: Cara Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM RM200, Maksimum RM1,000
Jumlah Bayaran BPR Fasa Pertama
Bayaran Fasa Pertama yang akan diterima adalah seperti berikut:
- Kategori Isi Rumah : RM300
- Individu Bujang berumur 21 tahun – 59 tahun / OKU berumur 18 tahun – 59 tahun : RM150
Tarikh Bayaran Fasa Pertama BPR 2021
Pembayaran Fasa Pertama adalah mulai penghujung Februari 2021 secara berperingkat.
Kaedah Pembayaran
Pembayaran Fasa Pertama adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank.
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang lulus dan berjaya kredit BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan.
- Tunai di Kaunter BSN
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya pembayaran terakhir BSH 2020 / BPN 2.0 adalah secara tunai.
NOTA: Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan. Sekiranya akaun yang dilaporkan salah atau tidak aktif, pengkreditan yang dibuat akan gagal kredit dan kaedah pembayaran adalah secara tunai di BSN.
Tarikh Akhir Permohonan / Kemaskini
Tarikh akhir permohonan atau kemaskini maklumat adalah 25 Februari 2021.
Buat pemohon yang telah lulus BSH 2020 atau BPN 2.0, mereka hanya perlu membuat kemas kini di portal rasmi https://bpr.hasil.gov.my.
Baca juga: BPR 2021: Cara Permohonan & Kemaskini (Mulai 15 Januari-15 Februari)
Semakan Status ‘Permohonan Diterima’ / ‘Lulus’
Semakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:
i) Melalui Semakan Status
- Layari portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
- Log masuk menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan
- Tekan butang Semakan Status (seperti gambar di bawah)
- Jika sistem telah menerima permohonan anda, status ‘Permohonan Diterima’ akan dipaparkan. Jika telah lulus, status ‘Lulus’ akan dipaparkan.
ii) Melalui Peti Mel
Anda juga boleh membuat semakan melalui peti mel. Rujukcaranya di bawah:
- Layari portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
- Log masuk menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan
- Sila klik ‘Peti Mel’.
- Anda akan menerima notis permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (rujuk gambar di bawah).
Maklumat Lanjut / Soalan Lazim
Untuk mendapatkan info terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila rujuk
- Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
- Hotline BPR LHDNM : 1-800-88-2747
- Hotline BPR MoF : Hotline BPR MoF
- E-mel : Hotline BPR MoF
Sila rujuk soalan lazim di bawah untuk maklumat lanjut:
Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan. Sekiranya akaun yang dilaporkan salah atau tidak aktif, pengkreditan yang dibuat akan gagal kredit dan kaedah pembayaran adalah secara tunai di BSN.
Ya. Anda boleh membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BPR 2021. Permohonan Baharu / Kemas Kini BPR 2021 boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 hingga 25 Februari 2021.
Pemohon yang perlu membuat Permohonan BPR 2021 adalah seperti
berikut:
i. Pemohon yang tidak menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta
pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
ii. Pemohon dari golongan Orang Asli yang tidak berdaftar dengan
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pendaftaran secara
automatik akan dibuat berdasarkan data dari JAKOA.
iii. Pemohon Orang Kurang Upaya yang tidak tersenarai sebagai
penerima e-bantuan JKM
NOTA: Bagi penerima e-bantuan JKM, pendaftaran akan dibuat
secara automatik berdasarkan data di JKM
Sekiranya semakan permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas kini maklumat BPR 2021.
Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BPR 2021 tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baharu.