in

Permohonan Bantuan Bayaran Balik URUS B50 Mulai 15 November -BNM

urus b50
ADVERTISEMENT

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) oleh sektor perbankan bagi membantu kumpulan 50 peratus terbawah atau B50.

URUS merupakan program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang komprehensif dan akan ditawarkan kepada pelanggan B50 yang terjejas.

ADVERTISEMENT

Selain itu, ia turut merangkumi peminjam yang berada dalam kategori isi rumah B40, iaitu mereka yang berpendapatan kasar (gross household income) kurang dari RM5,880 sebulan.

Antara kemudahan yang ditawarkan ialah pengecualian faedah untuk tiga bulan, pengurangan bayaran ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan, termasuk pengurangan kadar faedah.

“Dalam tempoh ini, pelanggan dengan pinjaman atau pembiayaan dan kad kredit peribadi tanpa jaminan juga boleh mendapat manfaat daripada kadar faedah yang dikurangkan bagi membantu meringankan beban kewangan mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Perdana Menteri lagi, program ini telah dirangka oleh sektor perbankan bersama-sama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan butiran selanjutnya mengenainya akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan.

“Inisiatif oleh sektor perbankan jelas mencerminkan semangat Keluarga Malaysia dan
melengkapkan usaha Kerajaan untuk membantu golongan peminjam B50 yang sebelum ini telah pun mendapat manfaat dari program moratorium yang diumumkan di bawah pakej-pakej bantuan dan rangsangan Kerajaan sejak Mac 2020,” kata beliau lagi.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang URUS B50 yang dimuatnaik oleh Bank Negara Malaysia melalui sebuah hantara terkini di Facebook.

URUS B50 : Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan

URUS adalah untuk peminjam dari kumpulan B50, iaitu mereka yang:

  • Sudahpun berada di bawah program bayaran balik pinjaman sedia ada (Bayaran Balik Pinjaman Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, program penjadualan / penstrukturan semula yang ditawarkan oleh sesebuah bank dan lain-lain)
  • Mempunyai pendapatan isi rumah kasar sehingga RM5,880
  • Mempunyai pinjaman . pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan dibuat; DAN
  • Mengalami
    • Kehilangan pekerjaan; ATAU
    • Pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%
urus b50

Jenis Bantuan Yang Ditawarkan

Anda akan menerima Pelan Kewangan Mengikut Individu (Personalised Financial Plan, PFP) yang menetapkan jumlah ansuran bulanan dan jadual bayaran balik pinjaman untuk tempoh sehingga 24 bulan.

PFP akan merangkumi:

  • Pengecualian faedah selama 3 bulan
  • Penangguhan bayaran dan pilihan lain, termasuk pengurangan bayaran ansuran, bagi membantu anda menguruskan keseluruhan hutang berdasarkan kemampuan anda; dan
  • Sokongan pembangunan, pendidikan dan khidmat nasihat bagi membantu anda menguruskan kewangan supaya menjadi lebih berdaya tahan dari segi kewangan.
urus b50

Tempoh Permohonan URUS B50

Permohonan URUS B50 akan dibuka bermula 15 November hingga 31 Januari 2022.

urus b50

Baca juga: Bantuan Kehilangan Pendapatan RM500 (Oktober 2021)

Maklumat Lanjut

Lawati akpk.org.my/my/urus atau bnm.gov.my/urus untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai URUS.

Untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan kewangan selanjutnya, sila hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SOP Fasa 3: Kapasiti Jemaah Bagi Solat Jumaat Di Masjid Ditambah

Permohonan Pakej Peranti & Pakej Remaja Keluarga Malaysia – KKMM