in

CBRM 2.0 : Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Mikro (TEKUN)

ADVERTISEMENT

Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) kini dibuka!

Nilai pembiayaan sebanyak RM1,000 – RM10,000 ditawarkan kepada usahawan baru. Manakala RM1,000 – RM20,000 untuk usahawan sedia ada.

ADVERTISEMENT

Berikut dikongsikan dengan lebih terperinci tentang skim pembiayaan ini bagi makluman dan rujukan usahawan yang berminat.

Apakah Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0)

Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) adalah pembiayaan kepada usahawan baharu dan juga usahawan TEKUN sedia ada yang terjejas akibat pandemik COVID19.

Ia bertujuan membantu usahawan memulihkan kembali perniagaan dan kembali beroperasi.

Syarat Permohonan

  • Bumiputera / India dan warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas ( tempoh pembiayaan tidak melebihi 65 tahun)
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan
  • Mempunyai lesen SSM / permit Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak
  • Bebas daripada tindakan undang-undang dan kebankrapan
  • Baki pembiayaan sedia ada tidak melebihi RM100,000
  • Aktiviti yang dijalankan adalah patuh syariah

Kadar Pembiayaan CBRM 2.0

  1. Nilai pembiayaan sebanyak RM1,000 – RM 10,000
    • Usahawan baru
  2. Nilai pembiayaan sebanyak RM1,000 – RM20,000
    • Usahawan TEKUN sedia ada

Cara Permohonan CBRM 2.0

Boleh berhubung dengan pegawai di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran diseluruh negara atau secara dalam talian di https://tekunfin.tekun.gov.my

Sila rujuk infografik di bawah untuk info penuh:

Baca juga: SPIN 2.0: Permohonan Skim Pembiayaan Informal TEKUN 2021

Maklumat Lanjut

Rujuk laman web rasmi www.tekun.gov.my untuk info lanjut.

Maklumat lengkap Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara boleh dilayari melalui link berikut : www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/

Telefon: 03-9059 8888

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Roger. Memang Sedap Dan Juicy!

Asus ROG Phone 5s Model Baru Untuk Siri ROG Phone 5?