Permohonan Tuntutan Perjalanan Rawatan Perubatan Pesara Kerajaan
CARA PERMOHONAN TUNTUTAN PERJALANAN BAGI TUJUAN RAWATAN PERUBATAN BAGI PESARA
Info yang sangat berguna untuk di kongsikan, terutamanya kepada para pesara kerajaan.
Tahukah anda, pesara kerajaan boleh mempunyai keistimewaan dan boleh membuat tuntutan bagi perjalanan untuk tujuan rawatan perubatan.
Berikut dikongsikan caranya.
Permohonan Tuntutan Perjalanan bagi Tujuan Rawatan Perubatan ke Hospital Kerajaan Berpakar bagi Pesara Awam Persekutuan
Tuntutan perjalanan pesara bagi tujuan ini terhad kepada jarak perjalanan melebihi 25 km daripada rumah kediaman ke hospital Kerajaan berpakar yang dirujuk.
Dokumen berikut hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Persaraan, KWAP untuk tujuan tuntutan perjalanan bayaran balik pesara :
- Borang JPA.BP.UBAT.B04 (boleh didapati di pautan senarai borang laman web Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam –
http://www.jpapencen.gov.my/borang/PDF/UBAT/JPA.BP.UBAT.B04.pdf*
- Surat rujukan daripada Pakar Perubatan Kerajaan yang merujuk pesara Awam Persekutuan ke Hospital Kerajaan berpakar – Contohnya surat rujukan daripada pakar perubatan Kerajaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh utk pesakit mendapatkan rawatan lanjut di Institut Jantung Negara.
- Dokumen asal slip kehadiran semasa mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan berpakar.
- Salinan Kad Pesara.
- Salinan KP Pesara.
- Salinan KP pesakit (jika tanggungan pesara Awam Persekutuan adalah pesakit).
- Resit asal tol, parking (jika memandu sendiri), resit tiket bas/ kereta api, kapal terbang (utk pengangkutan awam).
- Resit asal bayaran penginapan di hotel.
Baca juga: Cara Tukar No Telefon Di MySejahtera Tanpa Padam Akaun Sedia Ada
Tatacara Permohonan Ubat, Alat, Perkhidmatan Perubatan & Rawatan Penyakit Buah Pinggang (Dialisis)
Tatacara Permohonan Ubat, Alat, Perkhidmatan Perubatan dan Rawatan Penyakit Buah Pinggang | Tatacara PermohonanMendapat rawatan di hospital/klinik Kerajaan; dan Kemudahan perubatan tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan; dan Perakuan/Pengesahan Oleh Pegawai/Pakar Perubatan Kerajaan; dan Borang Perubatan 1/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya) |
Syarat-syarat Permohonan | Pembekalan Ubat Kelulusan permohonan perbelanjaan ubat adalah terhad kepada keperluan penggunaan untuk tempoh 3 bulan sahaja. Permohonan perbelanjaan bagi pembekalan makanan atau makanan tambahan (food supplement) adalah tidak dibenarkan. |
Alat Permohonan perbelanjaan bagi pembekalan alat seperti berikut: Alat ortopedik Anggota palsu Kerusi roda Alat bantuan pendengaran Alat rawatan jantung, alat bantuan pernafasan, koklea implan, colostomy bag, urine bag dan intraocular lens Alat-alat selain daripada senarai di atas tertakluk kepada: sekiranya tidak digunakan boleh memudaratkan nyawa pesakit; ataualat yang diperlukan tidak mempunyai alternatif dalam rawatan penyakit; atau kecederaan yang dialamiPermohonan perbelanjaan untuk tujuan baik pulih atau menggantikan sebarang alat yang rosak akibat kecuaian adalah tidak dibenarkan. Permohonan perbelanjaan untuk pembekalan/ penggantian/ baik pulih bagi tujuan kosmetik adalah tidak dibenarkan. Permohonan perbelanjaan untukpembekalan/ penggantian/ baik pulih bagi tujuan selain dari tujuan rawatan kepada penyakit yang dihidapi adalah tidak dibenarkan. Permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat pakai buang adalah tidak dibenarkan. | |
Perkhidmatan PerubatanPermohonan perbelanjaan bagi perkhidmatan perubatan Computed Tomography Scan (CT Scan) dan Magnetic Resonance Imaging (MRI) boleh dipertimbangkan dengan syarat diperakukan dan disahkan oleh pegawai/pakar perubatan Kerajaan bahawa keperluan perkhidmatan perubatan tersebut tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan. | |
Rawatan Penyakit Buah PinggangPermohonan perbelanjaan bagi rawatan haemodialisis dan CAPD boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat bahawa Pakar Nefrologi Kerajaan memperakukan keperluan rawatan tersebut dan mengesahkan ia tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan. Terhad kepada perbelanjaan rawatan sahaja iaitu berdasarkan perbelanjaan sebenar tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM200.00 bagi setiap sesi rawatan. |
Syarat & Tatacara Permohonan Terperinci
Berikut dikongsikan tatacara permohonan rawatan kepakaran dan syarat-syarat permohonan.
Jenis Rawatan | Tatacara Permohonan Rawatan Kepakaran | Syarat-syarat Permohonan |
Rawatan Kepakaran | Mendapat rawatan di hospital/klinik Kerajaan; danRawatan Kepakaran tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan; danPengesahan Oleh Pakar Perubatan Kerajaan; danBorang Perubatan 1/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya) | Keperluan rawatan diperakukan oleh Pakar Perubatan Kerajaan. Kos yang ditanggung oleh Kerajaan : Kos rawatan;Bayaran makanan dan wad mengikut kelayakan sebanyak 80%. Kos yang ditanggung oleh Pesara :Bayaran wad melebihi kelayakan; Bayaran makanan dan wad mengikut kelayakan sebanyak 20%; Bayaran-bayaran lain – makanan di luar daripada komponen caj wad biasa, telefon, dobi, caj katil kepada pengiring dan sebagainya. |
Rawatan Kecemasan | Mendapat rawatan di hospital/klinik swasta yang paling hampir dengan tempat kejadian kerana tiada hospital/klinik Kerajaan yang lebih hampir dengan tempat kejadian kecemasan tersebut; danRawatan yang diperolehi merupakan rawatan yang diperlukan serta merta dan tidak boleh dilengahkan bagi menyelamatkan nyawa pesakit (life-threatening); dan Perakuan/Pengesahan keperluan kemudahan perubatan oleh Pakar Perubatan hospital/klinik swasta; danBorang Perubatan 2/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya) | Rawatan yang diperlukan secara serta-merta dan tidak boleh dilengahkan bagi menyelamatkan nyawa pesakit (life-threatening); Disahkan oleh Pakar Perubatan hospital/klinik swasta yang merawat pesakit. Kos yang ditanggung oleh Kerajaan : Kos rawatan bagi tempoh kecemasan sehingga tempoh pesakit stabil dan boleh dipindahkan ke hospital/klinik Kerajaan;Bayaran makanan dan wad mengikut kelayakan sebanyak 80%. Kos yang ditanggung oleh Pesara : Bayaran wad melebihi kelayakan;Bayaran makanan dan wad mengikut kelayakan sebanyak 20%; Bayaran-bayaran lain – makanan di luar daripada komponen caj wad biasa, telefon, dobi, caj katil kepada pengiring dan sebagainya. Permohonan perlu disertakan dengan laporan klinikal terperinci daripada Pakar Perubatan hospital/klinik swasta yang merawat pesakit. |
Rawatan di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. | Mendapat rawatan di hospital/klinik Kerajaan atau swasta; dan Dirujuk Oleh Pakar Perubatan Umum (Physician)/Pakar Kardiologi di hospital/klinik Kerajaan atau swasta untuk ke IJNSB; dan Borang Perubatan 1/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya) | Pesakit telah mendapat rawatan di hospital/klinik Kerajaan atau swasta; dan Dirujuk Oleh Pakar Perubatan Umum (Physician)/Pakar Kardiologi di hospital/klinik Kerajaan atau swasta untuk ke IJNSB. |
Rawatan Kemandulan | Mendapat Rawatan Di Hospital/Klinik Kerajaan atau Klinik Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN); dan Kemudahan perubatan tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan atau LPPKN; dan Perakuan/Pengesahan keperluan kemudahan perubatan oleh Pegawai/Pakar Perubatan Kerajaan/LPPKN; dan Borang Perubatan 1/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya) | Bertujuan untuk mengatasi primary infertility sahaja – tidak pernah mengandung dan menghadapi kesukaran untuk mengandung. Tidak dibenarkan : Proses mengandung bukan secara semulajadi In Vitro Fertilisation(IVF)Gamete Intra-Fallopian Transfer (GIFT) Intra Cytoplasmic Sperm Injection (ICSI) Secondary infertility. Rawatan sampingan boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat bahawa kemudahan perbuatan tersebut disahkan oleh KKM tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan :Hysterosasphingogram (HSG)X-ray atau pembedahan yang dijalankan di hospital/klinik swasta atas rujukan oleh pegawai/pakar perubatan hospital/klinik Kerajaan/LPPKN |
Rawatan Di Luar Negeri | Mendapat Rawatan Di Hospital Kerajaan; dan Rawatan khas diperlukan oleh pesakit dan ia tidak dapat diperolehi di dalam negeri; dan Pengesahan oleh Lembaga Perubatan; dan Perakuan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bahawa rawatan yang diperlukan oleh pesakit tiada pada Kerajaan; dan Borang 3/09 dikemukakan kepada Bahagian Saraan JPA berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya); dan Permohonan diluluskan oleh Jemaah Pegawai Bagi Rawatan Di Luar Negeri | Permohonan perbelanjaan bagi pengiring boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat bahawa keperluan pengiring diperakukan oleh Lembaga Perubatan. Kos yang ditanggung oleh Kerajaan : Kos rawatan; Kos sara hidup (makan dan sewa hotel/lojing) untuk tempoh tidak melebihi 5 hari setelah sampai di negara berkenaan dan 5 hari sebelum kembali ke Malaysia bagi pesakit dan pengiring. Tambang kapal terbang kelas ekonomi bagi pesakit dan pengiring. Kos yang ditanggung oleh Pesara : Bayaran wad bersamaan dengan kadar yang dikenakan kepada Pesara sekiranya dimasukkan ke hospital Kerajaan; Bayaran-bayaran lain – makanan di luar daripada komponen caj wad biasa, telefon, dobi, caj katil kepada pengiring dan sebagainya. |
Untuk makluman lanjut boleh rujuk laman web
www.jpapencen.gov.my
Dokumen yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat:
Jabatan Perkhidmatan Persaraan
Kuumpulan Wang Persaraan (KWAP)
Aras 2, SkyTech Tower 2
MKN Embassy Techzone
JJalan Teknokrat 2, Cyber 4
63000 Cyberjaya, Selangor
No. tel: 03-88878777
Mesej Kebajikan untuk Pesara sentiasa dekat dihatiku.
Sampaikan dan panjang-panjangkan kepada Pesara atau Bakal Pesara maklumat ini sebagai amal bakti kita bagi menolong sesama insan
Terima kasih.
Mesej ini disampaikan dari sahabat dari KWAP.
Kami kongsikan untuk rujukan bersama.