BPR 2021: Semakan Kelayakan Mengikut Kategori Isi Rumah / Bujang
Dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 6 November 2020, kerajaan mengumumkan bahawa bantuan tunai secara bersasar akan diteruskan melalui Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021).
BPR adalah bantuan terkini yang akan menggantikan BSH.
Tahukah anda apakah Bantuan Prihatin Rakyat dan adakah anda layak menerima bantuan ini?
Apakah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021)?
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik.
Inisiatif pemberian BPR ini dijangka akan memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion berbanding dengan 4.3 juta penerima dan peruntukan RM5 bilion sebelum ini di bawah BSH.
Syarat Kelayakan & Kadar Bantuan BPR 2021
Jumlah bantuan mengikut kadar pendapatan isi rumah adalah seperti berikut:
1. Kategori Isi Rumah: Pendapatan Bawah RM2500
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) diperuntukkan sebanyak RM 1,200 bagi isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM 2,500 dengan satu orang anak.
Bagi isi rumah dengan dua orang anak atau lebih, kadar bantuan BPR 2021 ialah sebanyak RM1,800.
2. Kategori Isi Rumah: Pendapatan RM 2501-RM4,000
Kadar bayaran BPR yang akan diterima bagi isi rumah berpendapatan RM 2,501- RM 4,000 dengan satu anak ialah RM 800.
Manakala kadar bantuan RM 1,200 diberikan untuk isi rumah dengan dua anak atau lebih.
3. Kategori Isi Rumah: Pendapatan RM 2501-RM4,000
Kadar bantuan berjumlah RM 500 diperuntukkan bagi isi rumah berpendapatan RM 4,001- RM 5,000 dengan satu anak.
Manakala jumlah bayaran berjumlah RM 750 diperuntukkan bagi kategori isi rumah dengan dua anak atau lebih.
4. Kategori Bujang: Pendapatan RM2,500 Ke Bawah
Akhir sekali, kategori BPR bujang akan menerima RM 350 bagi yang layak, iaitu mereka yang berpendapatan RM 2,500 ke bawah.
Selain itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.
Baca juga: Cara Tukar Amaun i-Sinar Secara Online Melalui i-Akaun
Tarikh Permohonan & Kemaskini Maklumat
Tarikh permohonan baru dan kemaskini maklumat dibuka mulai 15 Januari sehingga 15 Februari 2021.
Cara Permohonan BPR 2021
A. Cara Membuat Permohonan Baru BPR 2021 & Kemaskini Online:
- Sila layari laman web https://bpr.hasil.gov.my
- Anda perlu log in menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang didaftarkan semasa mendaftar BSH.
- Untuk Permohonan Baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk log masuk.
*Anda juga boleh membuat permohonan melalui aplikasi Semakan Bantuan Prihatin Rakyat dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
B. Cara mohon BPR 2021 / Kemaskini Secara Manual (Permohonan Melalui Borang)
Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
- Portal Rasmi BPR LHDNM (atau muat turun di bawah ini)
- Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Anda boleh menghantar Borang BPR 2021 di kaunter-kaunter berikut:
- Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
- Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
- Pejabat Daerah / Pejabat Residen
Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:
Peti Surat BPR
GPO Shah Alam
40800 Selangor
*Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Sila rujuk: BPR 2021: Cara Permohonan & Kemaskini (Mulai 15 Januari-15 Februari)
Maklumat Lanjut
Sila rujuk teks ucapan lengkap oleh Menteri Kewangan di laman web rasmi Kementerian Kewangan di SINI.