Rumah Selangorku: Permohonan Rumah Mampu Milik Bermula RM42,000

Terdapat pelbagai projek yang meliputi banyak kawasan dan jenis kediaman yang boleh dipilih melalui Projek Rumah Selangorku 2021.

Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.

Di sini kami kongsikan cara membuat permohonan Rumah Selangorku melalui laman web rasmi LPHS untuk makluman bersama.

Apakah Rumah Selangorku?

Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’.

Kini Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampu Milik dikenali sebagai Rumah Selangorku.

Semua permohonan Rumah Selangorku boleh dilakukan secara PERCUMA dan wajib dilakukan secara atas talian (online) SAHAJA melalui laman web  https://ehartanah.lphs.gov.my. Bagi pemohon Warga Emas dan OKU boleh mendapatkan bantuan bagi melaksanakan pendaftaran daripada Pejabat ADUN / Pihak Pemaju / Ahli Keluarga terdekat.

Orang ramai diminta untuk sentiasa berwaspada dan dinasihatkan agar mendapatkan pengesahan segera daripada LPHS bagi sebarang keraguan mengenai urusan permohonan dan / atau penawaran Rumah Selangorku oleh mana-mana orang, persatuan, pertubuhan atau syarikat yang mendakwa bertindak sebagai ejen bagi pihak LPHS untuk mengelakkan kes penipuan yang akan menyebabkan kerugian.

Baca juga : Cara Mohon Rumah PPR Serendah RM35K, Sewaan RM124/ Sebulan

Syarat Permohonan Rumah Selangorku

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3,001.00 sebulan;
  • Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000.00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sebulan sehingga RM10,000.00 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
  • Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
  • Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C,atau D semasa membuat permohonan;
  • Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
  • Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku

Langkah Pendaftaran

1. Daftar / Log Masuk

Untuk mendaftar sebagai pengguna baru, klik pada menu DAFTAR/LOG MASUK pada menu utama di bahagian atas kanan paparan portal dan kemudiannya pilih dan klik menu DAFTAR PENGGUNA BARU

2. Baca Notis Permohonan & Garis Panduan

Anda akan dipaparkan notifikasi yang menyatakan bahawa Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk proses pendaftaran dan tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk mana-mana permohonan.

Sila baca dengan teliti dan fahami semua maklumat yang diberikan.

rumah selangorku 2021

3. PraPendaftaran

Anda akan dipaparkan halaman pra-pendaftaran. Sila baca dan fahami semua syarat yang ditetapkan

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) adalah sebuah agensi di bawah kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab dalam perancangan dan pengurusan pembangunan hartanah di Negeri Selangor.

4. Isikan Maklumat

Sila masukkan maklumat asas peribadi anda dengan lengkap. Pastikan nombor kad pengenalan baru anda adalah betul. Kesilapan memasukkan nombor kad pengenalan baru anda mungkin akan menjejaskan proses permohonan anda.

Nombor kad pengenalan baru anda juga akan digunakan sebagai kata nama untuk anda log masuk ke dalam sistem.

Tentukan juga emel dan nombor telefon anda dengan tepat kerana ianya akan digunakan oleh LPHS untuk sebarang urusan perhubungan.

5. Ketahui Status Kelayakan Berdasarkan Pendapatan

Laksanakan pengiraan kalkulator pengiraan pinjaman untuk membolehkan anda dan LPHS mengetahui status kelayakan anda berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda.

Tetapkan semua pilihan syarat yang diberikan.

Sila tentukan anda layak berdasarkan semua syarat yang diberikan untuk membolehkan anda meneruskan ke proses pendaftaran seterusnya.

Kemudian, klik pada butang SAYA LAYAK.

Tetapkan pilihan pendapatan isi rumah anda sama ada RM3,000.00 dan ke bawah atau RM3,001.00 dan ke atas.

rumah selangorku 2021

6. Tetapkan Kata Laluan

Akhir sekali, masukkan kata laluan pilihan anda.

Sila ingat kata laluan ini yang anda perlu gunakan sewaktu log masuk ke dalam sistem nanti.

Selepas itu, tekan butang DAFTAR dan sekiranya anda telah laksanakan semua proses dengan betul, anda telah berjaya mendaftar sebagai pengguna baru dan anda boleh log masuk dan menggunakan sistem ini.

rumah selangorku 2021

Setelah berjaya mendaftar, sila log masuk semula ke laman web ini untuk membuat permohonan.

Sila masukkan nombor kad pengenalan anda sebagai kata nama dan masukkan kata laluan yang anda telah gunakan sewaktu pendaftaran.

Jika anda lupa kata laluan anda, sila tekan sambungan Lupa Kata Laluan dan masukkan nombor kad pegenalan yang anda telah gunakan dan kata laluan anda akan dihantar ke emel yang anda telah daftarkan terdahulu.

Senarai Projek

Pemohon boleh menyemak senarai projek rumah yang boleh dipohon di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my

Antara projek terbaharu 2021 Rumah Selangorku ini adalah daripada Sime Darby.

rumah selangorku 2021
https://www.simedarbyproperty.com/rumah-selangorku/serenia-city/amalia

Cara Permohonan

Apabila anda telah berjaya log masuk, anda akan dipaparkan halaman pengguna. Di sini anda boleh melaksanakan pelbagai fungsi pengguna termasuk melihat dan mengemaskini profil dan kata laluan anda dan sebagainya.

Gunakan butang modul menu untuk navigasi ke paparan modul tersebut.

rumah selangorku 2021

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah berikut:

  1. Pada modul dashboard, anda akan dipaparkan status permohonan anda untuk jenis-jenis hartanah yang ditawarkan.
  2. Jika anda telah memohon, anda akan dipaparkan status permohonan anda untuk setiap jenis hartanah. Jika belum, anda boleh menekan butang MOHON untuk memohon hartanah berkenaan.
  3. Apabila anda menekan butang MOHON pada halaman pengguna, anda akan dipaparkan halaman borang permohonan.
  4. Untuk memilih jenis hartanah dan memilih projek hartanah yang berdaftar, anda boleh menggunakan pilihan daerah dan mukim untuk menyenaraikan projek hartanah berkaitan.
  5. Langkah seterusnya, anda perlu memasukkan maklumat peribadi anda. Maklumat asas seperti nama dan kad pengenalan akan dimasukkan secara automatik. Namun, anda mesti memasukkan maklumat lain yang wajib. Jika anda telah berkahwin, anda juga dikehendaki untuk memasukkan maklumat pasangan di lampiran kedua borang tersebut.
  6. Langkah seterusnya adalah memuat naik salinan kad pengenalan dan slip gaji anda dan pasangan, jika anda telah berkahwin. Sila tentukan salinan tersebut dapat dibaca dengan jelas dan dalam format yang berut samada dalam format imej atau PDF.
  7. Akhir sekali adalah proses pengakuan. Sila baca terma dan syarat pengakuan dengan teliti dan klik pada butang hantar untuk menghantar permohonan anda.

Semakan Status

Proses pemilihan Rumah adalah berdasarkan sistem merit.

Tiada sebarang rayuan bagi tawaran pemilihan Rumah yang akan diterima oleh LPHS kerana keputusan pemilihan ini adalah muktamad.

Pemohon dalam status ‘SENARAI MENUNGGU’ bermaksud pemohon dalam proses Pra-Tawar namun tertakluk kepada kriteria dan syarat kelayakan pemohon, jumlah permintaan daripada pemohon, stok unit rumah yang ada boleh ditawarkan dan sebagainya yang mempengaruhi proses penawaran dan kelayakan pemohon.

Kebiasaanya, pendaftaran permohonan yang direkod dalam sistem di LPHS melebihi daripada jumlah stok unit yang boleh ditawarkan kepada pemohon dan perlu menunggu sehingga terdapat kekosongan unit.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: