Program Kasih Suri Keluarga Malaysia 2022 PERKESO / KWSP
Kerajaan menyediakan RM80 juta menerusi Program Kasih Suri Keluarga Malaysia, khusus untuk perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu sehingga usia 55 tahun.
Ia dilakukan melalui caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata tahun ini kerajaan meluaskan liputan perlindungan sosial negara bawah PERKESO untuk turut mencarum bagi pekerja sendiri dan sektor informal.
“Bagi tahun depan, inisiatif ini diteruskan dengan nilai caruman 80 peratus dan meluaskan manfaatnya kepada sembilan kategori pekerja sendiri baharu antaranya petani, nelayan, penjaja, artis, ejen pelancongan dan petugas Pemulihan Dalam Komuniti.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Kasih Suri Keluarga Malaysia.
Apakah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia?
I) KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA PERKESO
Kerajaan terus membantu rakyat menerusi Bajet 2022 melalui inisiatif seperti program Kasih Suri Keluarga Malaysia yang memberi perlindungan terhadap suri rumah dan balu, dengan peruntukan berjumlah RM80 juta.
Melalui program ini, surirumah dan balu akan mendapat perlindungan PERKESO melalui bantuan faedah yang ditawarkan seperti untuk golongan bekerja.
Tarikh Pelaksanaan
Program ini akan dilaksanakan pada tahun 2022.
II) PROGRAM I-SURI KWSP
Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah iSuri KWSP.
i-Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
Antara kelebihan i-Suri KWSP juga termasuklah:
- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 /setahun
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Menerima dividen tahunan KWSP
- Bantuan Kematian: RM2,500
** tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
Cara Pendaftaran i-Suri KWSP
Anda boleh membuat permohonan iSuri KWSP melalui langkah berikut:
- Muat turun borang KWSP 16G(M) – PERMOHONAN CARUMAN SUKARELA (INSENTIF KERAJAAN) melalui pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/ (atau save melalui imej di bawah)
- Cetak dan isikan borang dengan lengkap.
- Bawa ke pejabat / kaunter KWSP untuk disahkan dan hantar.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif sokongan rakyat, sila layari Portal Manfaat #Bajet2022 di https://budget.mof.gov.my/manfaat/ ⠀
Ikuti laman sosial PERKESO & KWSP untuk info dan pengumuman terkini tentang program ini:
PERKESO
https://www.facebook.com/PERKESO.Official | |
https://www.instagram.com/perkeso.official/ | |
https://twitter.com/perkesoofficial | |
Laman web | https://www.perkeso.gov.my/ |
KWSP
https://www.facebook.com/KWSPMalaysia | |
https://www.instagram.com/kwspmalaysia/ | |
https://twitter.com/KWSPMalaysia | |
Laman web | https://www.kwsp.gov.my/ |