SRAS: Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak RM200 Sebulan / 3 Tahun
Golongan B40 di Sarawak dipelawa mohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak @ Sarawak Rental Assistance Scheme (SRAS).
Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak mempelawa golongan B40 berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,131 sebulan untuk memohon Skim Bantuan Sewa Kediaman (SRAS).
Ketua Pegawai Eksekutif HDC Sarawak Mohamad Asman Ahmad berkata SRAS adalah skim bantuan sewa sebanyak RM200 sebulan selama 36 bulan yang diumumkan Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg dalam Belanjawan Negeri Sarawak 2021.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini.
Apakah Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS)?
Skim ini bertujuan memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 isi rumah yang layak terutama golongan berpendapatan rendah dan terkesan disebabkan pandemik Covid-19.
Di bawah skim ini, bantuan RM200 sebulan akan disalurkan kepada penyewa yang layak selama 3 tahun.
SRAS kini dibuka kepada mereka yang kini menyewa di sekitar bandar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.
Pemilihan adalah berdasarkan “first come, first serve basis”.
Baca juga: BKSS 6.0: Bantuan Tunai RM250 Sebulan Untuk 6 Bulan (KIR), RM500 Bujang
Syarat Permohonan
SRAS kini dibuka kepada mereka yang kini menyewa di sekitar bandar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.
Permohonan SRAS adalah terbuka untuk warga Malaysia khasnya anak Sarawak.
Peserta yang tersenarai di dalam sistem e-kasih dan/atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,131 sebulan juga dialu-alukan memohon.
Kriteria Permohonan Khusus adalah seperti di bawah:
- Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap di Sarawak dan memiliki MyKad dengan status K
- Berusia 21 tahun ke atas
- Penerima bantuan e-kasih dan / atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,131 sebulan
- Berkahwin
- Bapa / ibu tunggal dan sekurang-kurangnya mempunyai 1 orang anak tinggal bersamanya.
- Keutamaan juga akan diberikan kepada OKU
- Sedang menyewa dan permis tumah yang disewa bukan milik ahli keluarga terdekat.
Baca juga: BKSS 6.0 Peniaga (RM1500): Semakan Kelulusan & Bayaran Fasa 1 / 2
Cara Permohonan SRAS
Penyewa-penyewa yang berminat boleh mendapatkan maklumat dan memuat turun borang permohonan SRAS secara percuma di bawah:
Atau terus layari laman web http://hdc.sarawak.gov.my.
Borang permohonan lengkap hendaklah dihantar ke pejabat-pejabat HDC di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
- Bukti sebagai penerima e-Kasih
- Salinan sijil kahwin / cerai
- Salinan kad pengenalan (pemohon & pasangan)
- Salinan sijil lahir / MyKid / MyKad anak yang berada di bawah tanggungan & tinggal bersama pemohon
- Penyata gaji yang menunjukkan pendapatan kasar bulanan ketua isi rumah / pasangan
- Salinan kad OKU bagi pemohon OKU
- Perjanjian sewa yang ditandatangani & dimatikan setem hasil
- Persetujuan tuan punya permis untuk penyewa menyertai skim bantuan sewa (SRAS)
- Gambar premis yang disewa
Maklumat Lanjut
Pemohon boleh menghubungi terus Ibu Pejabat HDC Kuching ditalian 082-444381 atau 082443681 untuk sebarang pertanyaan.
Maklumat juga boleh dilayari di laman Facebook Kelab Kebajikan Sukan & Rekreasi HDC.