in

GKP 3.0 Tambahan : Baki RM500 PEMERKASA+ Telah Dikreditkan 12 Julai

gkp 3.0
ADVERTISEMENT

Dibawah matlamat ketiga PEMERKASA+ bagi menyokong kelangsungan Perniagaan,
kadar bantuan GKP 3.0 akan ditambah sebanyak RM500 menjadikan jumlah keseluruhan bantuan GKP 3.0 yang akan diterima adalah sebanyak RM1,500.

Berikut dikongsikan maklumat terkini tentang tarikh bayaran, kelayakan dan soalan lazim tentang bayaran GKP 3.0 tambahan RM500 yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Perutusan Khas beliau tempoh hari.

gkp 3.0 pemerkasa plus

Apakah GKP 3.0 Tambahan?

Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri pada 31 Mei 2021, beliau telah mengumumkan bahawa PKS bakal menerima GKP 3.0 sebanyak RM1500, iaitu kenaikan RM500 berbanding RM1,000 sebelum ini.

Bayaran tambahan ini adalah sebahagian daripada pakej stimulus PEMERKASA PLUS bernilai RM40 bilion bagi rangsang ekonomi & bantu rakyat hadapi PKP 3.0.

Tarikh Bayaran GKP 3.0 Tambahan RM500

PKS yang layak akan menerima RM1,000 mulai 10 Jun dan baki RM500 ini akan disalurkan pada bulan Julai.

Tarikh rasmi yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia ialah 12 Julai 2021.

Walaubagaimanapun, menurut penerima GKP 3.0, bayaran ini sudah mula dikreditkan ke akaun pada 8 Julai 2021 lagi.

Baca juga: Senarai Bantuan Yang Diumumkan Dalam Pakej Kita Selangor 2.0

Cara Permohonan

Penerima tidak perlu membuat sebarang permohonan kerana kelayakan GKP 3.0 PEMERKASA+ adalah berdasarkan status kelulusan GKP 3.0.

Ini bermaksud, penerima yang layak bayaran GKP 3.0 PEMERKASA+ merupakan penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 lulus permohonan baharu GKP 3.0 yang akan dikreditkan secara automatik.

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan bayaran GKP iaitu dikreditkan ke
akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan
GKP.

Maklumat akaun bank juga berdasarkan maklumat terkini yang telah dikemas kini
oleh penerima berstatus Gagal Kredit pada pembayaran GKP.

Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif
sahaja.

Baca juga: Moratorium PTPTN PKP 3.0: Penangguhan 3 Bulan Mulai 10 Jun 2021

Cara Semakan Status Bayaran GKP 3.0 Tambahan RM500

Semakan status pembayaran GKP 3.0 boleh dibuat di portal rasmi GKP
(https://gkp.hasil.gov.my).

Makluman tentang semakan status GKP 3.0 akan dipaparkan setelah pengguna Log Masuk ke akaun masing-masing yang telah didaftarkan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Geran Khas Prihatin LHDNM https://gkp.hasil.gov.my/ dan Media Sosial Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

ATAU

Sila rujuk senarai Soalan Lazim di bawah:

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semakan Kemasukan & Permohonan Program Matrikulasi KPM 2021/2022

One Plus Memanipulasi Dalam Ujian Penanda Aras? Ketahui Lebih Lanjut Disini