Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2022/2023 (SPPTP)

permohonan spptp

TAWARAN PINJAMAN PENGAJIAN TINGGI NEGERI PERAK BAGI SESI PENGAJIAN 2022/2023 KINI DIBUKA!

Sistem Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak bertujuan memberi kemudahan pinjaman pengajian tinggi kepada Warganegara Malaysia khususnya anak Perak yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi yang ditaja dan menyumbang kepada modal insan dan ekonomi Negeri Perak.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk makluman calon yang berminat.

Apakah Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2022/2023 (SPPTP)?

Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak adalah kemudahan pinjaman pengajian tinggi untuk anak Perak melanjutkan pengajian ke peringkat:

  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana (Master)
  • Ijazah Kedoktoran (PhD)

Bagi pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda yang telah tamat pengajian dengan CGPA 3.75
dan ke atas
, layak memohon untuk pengecualian bayaran balik pinjaman.

Walaubagaimanapun, pengecualian ini tertakluk kepada keputusan Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Negeri Perak dari semasa ke semasa.

Baca juga:

Syarat Permohonan SPPTP

  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak;
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih dari 10 tahun;
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih daripada 10 tahun;
  • Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian sepenuh masa;
  • Bagi pemohon yang sedang belajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya baki tiga (3) semester atau satu (1) setengah tahun tempoh pengajian pada masa pembayaran kali pertama diterima;
  • Keutamaan diberikan kepada Golongan B40;
  • Umur pemohon pada tahun semasa mestilah tidak melebihi 41 tahun.
  • Maklumat yang diberikan dalam permohonan perlulah benar, lengkap dan betul. Jika didapati maklumat yang diberikan tidak benar atau palsu, pihak Kerajaan Negeri Perak berhak membatalkan permohonan tersebut dengan serta-merta.
  • Status Pemastautin perlu dikemukakan dan hendaklah disahkan oleh Penghulu di daerah masing-masing

Pastikan anda membaca senarai di bawah sebelum mengisi borang permohonan

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan Sistem Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak ini dibuka mulai
30 JANUARI 2022 HINGGA 29 APRIL 2022.

Cara Permohonan

Permohonan melalui Sistem Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak dibuka SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) SAHAJA di pautan http://spptp.perak.gov.my

Layari Sistem Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak seperti pautan di atas bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan syarat-syarat permohonan, kadar pinjaman yang ditawarkan mengikut peringkat pengajian, senarai IPT yang ditaja dan sebagainya.

Klik disini untuk Daftar Kali Pertama.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, boleh hubungi Unit Pinjaman Pengajian Tinggi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di talian:
05-209 5000 sambungan Unit Pinjaman Pengajian Tinggi Perak.