Kalendar Islam 2022 (1443-1444 H) & Tarikh-tarikh Penting – JAKIM

Takwim / Kalendar Islam 2022 Beserta Tarikh-tarikh Penting Perayaan & Puasa Sunat

Terdapat 12 bulan dalam satu tahun Masihi bermula dari bulan Januari hingga Disember, begitu juga dengan kalendar Islam di mana terdapat 12 bulan dalam kalendar Islam bermula dari bulan Muharram ke bulan Zulhijjah.

Kalendar Hijrah adalah kalendar lunar/qamariah yang dikira berdasarkan kepada pergerakan bulan mengelilingi Matahari.

Kalendar Masihi pula dikira berdasarkan kepada pergerakan bumi mengelilingi Matahari.

Kalendar Islam Edisi Kemaskini Syawal 1443H

Takwim Islam 1443H telah dikemas kini berikutan perubahan tarikh 1 Syawal 1443H yang telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja jatuh pada 2 Mei 2022, berbanding 3 Mei 2022 pada takwim yang dikeluarkan sebelum ini.

Untuk makluman, perubahan itu hanya melibatkan bulan Mei 2022 / Syawal 1443H.

Takwim / Kalendar Islam 2021 & Tarikh-tarikh Penting

Berikut disertakan Tarikh Penting dalam Kalendar Islam 2021 yang disediakan oleh JAKIM untuk rujukan dan panduan umat Islam.

Sumber asal oleh @Biskut Jagung di Facebook

Anda juga boleh melihat kalendar Islam (live) dalam laman web e-Solat JAKIM di pautan ini: https://www.e-solat.gov.my/

Berikut dikongsikan tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2022 di Malaysia seperti Israk Mikraj, Awal Ramadhan, Nuzul Al-Quran, Hari Raya Puasa, Awal Zulhijjah, Hari Raya Aidiladha, Awal Muharram dan Maulidur Rasul.

Dengan tarikh ini, bolehlah kita merancang ibadah dan melakukan puasa sunat.

Menurut Laman Web Mufti WP, Hari yang paling afdhal berpuasa ialah:

  • Puasa hari Asyura (10 Muharram)
  • Sembilan hari daripada awal Zulhijjah
  • Hari Isnin
  • Hari Khamis.
  • Hari Putih (Ayyamul Bidh) 13, 14, dan 15 haribulan setiap bulan Islam dalam takwim Hijrah.

NOTA: 27 Rejab (Hari Israk Mikraj) tidak termasuk dalam puasa-puasa sunat yang dituntut kecuali ia berlaku pada hari Isnin atau Khamis.

Tarikh HijriTarikh MiladiHari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab 14431 Mac 2022Israk dan Mikraj
*01 Ramadhan 14433 April 2022* Awal Ramadan/Berpuasa
17 Ramadhan 144319 April 2022Nuzul Al-Quran
*01 Shawwal 14432 Mei 2022Hari Raya Puasa / Aidilfitri
01 Zulhijjah 14431 Julai 2022Awal Zulhijjah
*10 Zulhijjah 144310 Julai 2022* Hari Raya Korban / Aidiladha
01 Muharram 144430 Julai 2022Awal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabi’ulawal 14449 Oktober 2022Maulidur Rasul

*Tarikh ini akan diisytihar oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia.

Sumber: Panel Pakar Falak (JAKIM)

Untuk mencetak, sila save versi JPG di atas ini atau terus ke pautan berikut: https://www.e-solat.gov.my/

Baca juga:

Tarikh Bayaran Pencen 2022 Untuk Pesara Kerajaan (Jadual Bulanan)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: