PKP Di Seluruh Sarawak Bermula 29 Mei – 11 Jun 2021

blank

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 29 Mei – 11 Jun 2021, umum Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah.

“Keputusan itu diambil bagi mengelakkan situasi COVID-19 di Sarawak lebih teruk.

“Mengambil kira situasi makin meruncing, kita perlu mengambil tindakan lebih drastik sebelum situasi lebih parah lagi,” katanya yang juga Pengerusi JPBN Sarawak.

Sarawak mencatatkan 772 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 500 atau 64.77 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Kuching, Miri, Sibu, Bintulu dan Subis.

Sebanyak sembilan (9) kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Sarawak pada Khamis, 27 Mei 2021.

Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Kuching (229), Miri (82), Sibu (70), Bintulu (67), Subis (52), Mukah (33), Beluru (25), Sri Aman (23), Serian (18), Kanowit (17), Betong (16), Kabong (15), Pakan (15), Selangau (14), Asajaya (13), Tatau (12), Bukit Mabong (11), Kapit (9), Tanjung Manis (8), Bau (8), Samarahan (7), Belaga (6), Dalat (4), Sarikei (4), Daro (3), Lawas (2), Lundu (2), Saratok (2), Meradong (2), Sebauh (1), Song (1) dan Matu (1).

SOP penuh bagi PKP Sarawak akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Sumber: Kenyataan Media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak