Subsidi Ayam Ditamatkan Bermula November 2023

Subsidi Ayam Ditamatkan Bermula November 2023 ~ Menerusi sebuah sidang media oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 30 Oktober 2023, kerajaan telah mengumumkan penamatan kawalan harga dan subsidi ayam. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.

BACA JUGA: Harga Roti Gardenia Terkini Bermula 1 Oktober 2023

Subsidi Ayam Tamat Bermula November

Subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan berkuat kuasa November ini bagi membolehkan kerajaan meningkatkan pelbagai inisiatif sosio-ekonomi dan kebajikan rakyat termasuk bantuan wang tunai.

Penamatan kawalan harga dan subsidi ayam tersebut diumumkan menerusi sebuah sidang media oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. 

Penamatan subsidi ini dilakukan selaras dengan pendekatan penyasaran semula subsidi secara berfasa serta mengambil kira situasi dan trend semasa bekalan serta harga ladang dan kos pengeluaran ayam yang telah mula stabil.

Subsidi Ayam Ditamatkan Bermula November 2023

Harga Ayam Akan Kekal Stabil 

Walaupun tiada lagi subsidi dan kawalan, kerajaan memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikan harga secara mendadak ke atas bahan mentah itu dan memastikan bekalan sentiasa mencukupi.

Kerajaan juga akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan harga ayam stabil serta tidak membebankan rakyat dan tidak berlaku sebarang aktiviti pencatutan di sepanjang rantaian bekalan.

Prihatin dengan penduduk luar bandar, kerajaan akan menganjurkan Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah di seluruh negara supaya harga jualan ayam kekal kompetitif dan tidak membebankan rakyat.

>> [DELIVERY 1 SEMENANJUNG] AYAM BIASA 1 EKOR SIAP CUCI & SIANG (RTC)

Sidang Media Oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan :

Sumber: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan 

 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi siaran soalan lazim di laman sesawangnya menyebut kerajaan dapat menjimatkan RM100 juta sebulan susulan langkah mengapungkan harga ayam seterusnya membolehkan pelaksanaan pelbagai inisiatif sosioekonomi dan kebajikan rakyat termasuk bantuan tunai.

Subsidi Telur Masih Diteruskan

Walaupun subsidi ayam ditamatkan, subsidi serta kawalan harga bagi telur ayam gred A,B dan C pula masih akan diteruskan menggunakan mekanisma sedia ada.

Subsidi Ayam Ditamatkan Bermula November 2023

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, sila rujuk KPDNHEP melalui:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: