Harga Roti Gardenia Terkini Bermula 1 Oktober 2023
ROTI GARDENIA NAIK HARGA MULAI 1 OKTOBER 2023 | Untuk pengetahuan anda, u beberapa jenis produk roti Gardenia akan mengalami kenaikan harga sebanyak RM0.10 hingga RM0.40 bagi produk terpilih berbanding sebelumnya bermula 1 Oktober ini.
Berikut info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: Harga Beras Terkini 2023 di Malaysia Mengikut Gred
Harga Baru 1 Oktober
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengeluarkan memo terkini berkenaan harga peruncit dan harga pengguna baharu bagi 30 produk di bawah syarikatnya. Memo ini telah tular di laman sosial.
Puncanya disebabkan peningkatan dalam kos pengeluaran dan bahan yang di luar kawalan syarikat itu sehingga mereka terpaksa menyemak semula harga berapa produk yang terpilih.
Kenaikan harga baru beberapa jenis produk roti Gardenia tersebut adalah sebanyak RM0.10 hingga RM0.40 bagi produk terpilih berbanding sebelumnya. Kenaikan untuk produk-produk terpilih sahaja. Harga untuk roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast’em kekal
Sebelum ini, roti Gardenia juga mengalami kenaikan harga impak daripada pandemik COVID19 pada Disember 2021.
Produk Terlibat & Senarai Harga Baru Gardenia
Produk Gardenia yang terlibat dalam kenaikan harga 1 Oktober 2023 termasuklah: Gardenia Numee, Gardenia Fluffy Buns, Gardenia Puazz!, Gardenia QuickBites, Gardenia Double Choc Muffins, Gardenia Twiggies dan Gardenia Squiggles.
Berikut senarai harga baharu produk Gardenia yang terkesan mulai 1 Oktober 2023:
- Gardenia Numee – RM2.00 (*Harga lama RM1.90)
- Gardenia Numee Keluarga – RM3.20 (*Harga lama RM2.80)
- Gardenia Fluffy Buns 6pcs Corn Custard – RM4.20 (*Harga lama RM4.00)
- Gardenia Fluffy Buns 6 pcs Malty Chocolate – RM4.20 (*Harga lama RM4.00)
- Gardenia Fluffy Buns 6 pcs Adzuki Red Bean – RM4.20 (*Harga lama RM4.00)
- Gardenia Puazz! Sambal Bilis – RM1.60 (*Harga lama RM1.30)
- Gardenia Puazz! Kari Ayam – RM2.60 (*Harga lama RM2.50)
- Gardenia QuickBites Chocolate, Vanila, Butter Sugar, Corn – RM1.20 (*Harga lama RM1.10)
- Gardenia Quickbites Salted Caramel, Black Forest – RM 1.70 (*Harga lama RM1.60)
- Gardenia QuickBites Butter Toffee, Red Bean – RM1.50 (Harga lama RM1.40)
- Gardenia Double Choc Muffins – RM2.30 (Harga lama RM2.20)
- Gardenia Twiggies Tiramisu, Peanut Butter Bounce, Dream Cream, Choc-a-lot – RM2.10 (*Harga lama RM2.00)
- Gardenia Squiggles Strawberry, Choco Malto – RM1.60 (*Harga lama RM1.50)
- Gardenia Sandwich Bread Rolls – RM3.00 (*Harga lama RM2.90)
- Gardenia Toast’em Waffles – RM1.60 (*Harga lama RM1.50)
- Gardenia Auntie Rosie Kaya Pandan / Original – RM3.80 (*Harga lama RM3.50)
BACA JUGA: iPhone 15: Harga, Spesifikasi Model & Tarikh Penjualan Umum Di Malaysia
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman web rasmi Gardenia di pautan berikut: https://www.gardenia.com.my/
Gardenia Bakeries (KL) mengucapkan terima kasih kepada pelanggannya atas sokongan mereka dan menegaskan bahawa kenaikan harga adalah pilihan terakhir selepas ia mengambil langkah lain untuk memaksimumkan kecekapan operasi.
Gardenia Bakeries (KL) hanya menjual produk di Semenanjung Malaysia.Bagi pasaran di Sabah dan Sarawak, ia di bawah entiti berasingan, Gardenia Bakeries (East Malaysia) Sdn Bhd – yang kini di bawah Kim Teck Cheong Consolidated Bhd.