Individu Berdepan Denda RM100,000 Jika Pelitup Muka Tiada Cop SIRIM
BERKUATKUASA 4 JULAI 2022- PELITUP MUKA BUKAN PERUBATAN PERLU PENANDAAN MS SIRIM
Pengilang atau pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan dan penandaan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. selaku Pihak Berkuasa Yang Berwibawa dilantik oleh KPDNHEP.
Penandaan MS SIRIM hendaklah diletakkan pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat oleh pengguna yang menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan.
Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 ini telah diwartakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 pada 5 April 2022.
Menurut info dari BERNAMA, jika undang-undang ini gagal dipatuhi, PENGILANG & PENGIMPORT individu atau syarikat boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
SYARIKAT:
- Denda tidak melebihi RM200,000
- Bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM500,000
INDIVIDU
- Denda tidak melebihi RM100,000 / dipenjara tidak melebihi 3 tahun penjara / kedua-duanya
- Bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya
*Pengguna tidak akan dikenakan apa-apa tindakan sekiranya menggunakan pelitup muka bukan perubatan tanpa penandaan SIRIM.
Maklumat Lanjut