Bajet 2022: Intipati Bantuan Rakyat Yang Diumumkan
Belanjawan / Bajet 2022 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, mengandungi intipati, strategi dan dasar kerajaan dalam mengemudi ekonomi negara ke arah pemulihan.
Bajet kali ini mendukung konsep Keluarga Malaysia sebagai tonggak utama, mengambil kira input rakyat dari segenap lapisan, memastikan tiada golongan yang tertinggal, termasuk golongan rentan dan B40.
Pembentangan ini disiarkan secara langsung pada 29 Oktober 2021 (Jumaat), lingkungan 3-4 petang di saluran media utama negara.
1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperkenal dan bantuan tunai ditambahbaik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar ia merangkumi lebih ramai penerima yang layak.
Berikut adalah jumlah bantuan yang diperuntukkan:
KATEGORI 1
- Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah
- Lebih 3 anak
- Bantuan RM2000
KATEGORI 2
- Pendapatan Isi rumah RM2500 ke atas sebulan
- 1-2 anak : Bantuan RM1500
- Tiada anak: RM1,000
KATEGORI 3
- Ibu bapa tunggal dengan tanggungan
- Pendapatan Isi Rumah sehingga RM5000 sebulan
- Bantuan RM500
KATEGORI 4
- Bantuan RM300 untuk warga emas
TERKINI: MENTERI KEWANGAN SAHKAN ADA BANTUAN UNTUK GOLONGAN BUJANG
Ramai yang bertanya di media sosial, Bantuan Keluarga Malaysia ni tak ada ke untuk bujang?
Adaaa. Ucapan Bajet tu sebenarnya cuma sebahagian dari pelbagai bantuan yang disediakan untuk #KeluargaMalaysia. Kalau nak kita senaraikan semua, sampai malam pun mungkin tak habis ucapan. Tapi dalam #Bajet2022 memang ada macam-macam bantuan untuk semua lapisan masyarakat.
Saya kongsikan di sini ringkasan Bantuan Keluarga Malaysia untuk rujukan semua. InsyaAllah pencerahan lain akan menyusul.
Sumber: FB Tengku Zafrul
https://harianpost.my/bantuan-keluarga-malaysia-bkm/
Kelayakan Pendapatan Penerima JKM Kini Dinaikkan
Selain itu, kelayakan bagi penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga dinaikkan kepada RM1169 daripada RM980 untuk melayakkan mereka membuat permohonan bagi mendapat bantuan dari JKM.
Rujuk: Cara Mohon Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
2. Bantuan Awal Persekolahan
Bantuan Awal Persekolahan kanak-kanak sebanyak RM150 dinaikkan daripada RM100 tahun lalu.
3. Diskaun PTPTN
Diskaun bayaran balik PTPTN diumumkan melalui Bajet 2022 iaitu:
- Diskaun 15 peratus untuk bayaran penuh pinjaman
- Diskaun 12 peratus untuk bayaran 50 peratus pinjaman
- Diskaun 10 peratus untuk bayaran secara ansuran gaji dan debit
Diskaun ini akan mula diberikan mulai 1 November 2021.
4. Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar RM100
Buat pertama kalinya bajet ini menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400,000 guru sekolah KPM.
5. Bonus Penjawat Awam RM700, Pesara RM300
Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta RM350 kepada satu juta pesara kerajaan.
Lain-lain Bantuan
Selain itu, terdapat pelbagai lagi bantuan dan inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 yang akan dikemaskini.
Selain itu, terdapat pelbagai lagi bantuan dan inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022, antaranya:
- Pengedaran secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40
- Peranti Siswa B40 diperuntukkan untuk semua siswa dan siswi B40, dianggarkan akan memanfaatkan lebih 600,000 pelajar.
- Kerajaan sediakan RM80 juta di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia beri perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui caruman KWSP dan Perkeso
- Untuk meningkatkan wang dalam tangan bagi rakyat, KWSP akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11% ke 9% sehingga Jun 2022.
- Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi memberi akses pembiayaan kepada pekerja gig, pengusaha kecil dan petani membeli rumah.
- RM11 juta Subsidi ujian mammogram dan ujian saringan kanser serviks kepada wanita.
- RM30 Juta turut diperuntukkan untuk memperluaskan i-Saraan dalam menggalakkan pekerja sektor informal menabung untuk persaraan, memanfaatkan 100,000 peserta.
- RM300 juta bagi Program e-Start – Kredit RM150 one-off kedalam akaun e-dompet belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa di IPT
Apakah harapan anda terhadap Bajet 2022 yg bakal dibentangkan oleh YB Menteri Kewangan Malaysia?
SAKSIKAN SECARA LANGSUNG PEMBENTANGAN BAJET 2022
Ayuh kita sama-sama saksikan Pembentangan Bajet 2022 secara langsung pada 29 Oktober 2021 (Jumaat) jam 3.00 petang.
Tonton LIVE melalui:
- Facebook TV1 : https://www.facebook.com/BeritaRTM
- BERNAMA : https://www.facebook.com/bernamaofficial
- Laman web RTM LIVE TV : rtmklik.rtm.gov.my
Maklumat Lanjut Pembentangan Bajet 2022
Maklumat lanjut tentang pembentangan bajet 2022 boleh dilayari di laman web Kementerian Kewangan Malaysia di pautan berikut: