Ainul Mardhiah Kritikal Di PICU, Mohon Doa Rakyat Malaysia
PETALING JAYA: Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kanak-kanak yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ kini sedang dirawat di Pusat Penjagaan Intensif Pediatrik (PICU)
sebuah hospital awam dipercayai akibat jangkitan virus.
Ibunya, Nurul Erwani Zaidi berkongsi khabar duka itu menerusi media sosialnya dipetik berkata keadaan Ainul kini kritikal dan tenat dan memohon semua mendoakan anaknya.
“Ainul berada di PICU sekarang. Doktor ICU beritahu keadaan Ainul kali ni agak kritikal dan tenat. Satu badan penuh dengan wayar dah anak mama ni.
“Mama tak minta banyak. Mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah
ni jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ni,” katanya.
Sumber: Twitter Buletin FM
Menurut Nurul Erwani, Ainul mula muntah dan cirit birit dalam masa sehari.
Memasuki hari kedua, Ainul tidak bermaya dan terpaksa dikejarkan ke hospital.
“Hari kedua mama tengok Ainul dah tak bermaya sangat. Sebab nampak lain sangat keadaan Ainul kali ni.
“Terus bawa ke kecemasan. Doktor buat prosedur dan beritahu rupanya Ainul dah terlalu tenat sebab infection dah ada dekat semua tempat,” katanya.
Dalam sebuah perkembangan terkini, bapa kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin memuat naik status tentang keadaan Ainul buat masa ini memandangkan ramai yang tertanya-tanya tentang jangkitan virus yang dialami oleh anaknya.
“Ainul dapat jangkitan kuman dan kemungkinan ada sekali virus. Serangan kali ni agak kuat dan cepat. Serangan di tahap kritikal.” katanya.
Dalam status itu juga beliau menerangkan bahawa Ainul mula menunjukkan tanda jangkitan pada Jumaat lalu. Namun tanda-tanda itu hanyalah tanda ringan seperti batuk. Pada hari Sabtu, Ainul mula muntah dan suhu badannya naik sedikit.
Hari sabtu (hari kedua), Ainul mula muntah sedikit setiap kali feeding dan nampak dia tak aktif. Suhu meningkat sikit. Kami beri PCM dan tuam badannya. Kami mula beri ainul pump berwarna biru.
Ahmad Safiuddin, bapa Ainul
Sabtu tengah malam waktu feeding, Ainul muntah semua susu yang dia minum dan cirit birit. Begitu juga pada awal pagi ahad.
Doktor kata, dalam tempoh 3 hari jangkitan kuman pada Ainul sangat kuat dan pantas. Namun punca jangkita kuman masih tidak diketahui hingga kini.
Menurut Ahmad Safiuddin lagi, hari ini, doktor telah memutuskan untuk menidurkan Ainul dan menggunakan ventilator kerana kuman/virus itu mula merebak hampir di semua tempat.
Mohon rakyat Malaysia semua mendoakan Ainul berjaya lawan jangkitan ini.
Baca juga: