Seakan Kisah Adik Rayan, Ini 4 Filem ‘Terperangkap’ Yang Suspen & Menyayat Hati
Melihat kepada kisah Adik Rayan yang terperangkap dalam perigi sedalam 32 meter di Magribi, teringat kepada beberapa buah filem yang mungkin membantu kita menghayati kejadian ini.
Kesemua kisah yang dibawakan ini sarat dengan elemen survival dan banyak berkisar saat menghitung sisa-sisa nyawa untuk hidup.
Jom kami kongsikan 4 buah filem tersebut:
1. Aramm (Tamil)
Sebuah filem Tamil berjudul Aramm mungkin adalah potrayal yang paling dekat dengan kejadian Adik Rayan.
Ia mengisahkan seorang budak perempuan bernama Dhanshika (4 tahun) terjatuh ke dalam lubang.
Pelbagai emosi kalangan penduduk kampung selamat budak tersebut serta menimbulkan kemarahan terhadap pihak berkuasa tidak dapat selamat budak ini kerana tanah runtuh.
Selain mengetengahkan isu keselamatan dan insiden menyelamatkan kanak-kanak berkenaan, ia turut dikaitkan dengan senario politik di sana.
Namun berbeza dengan Adik Rayan, Muthu (abang kepada Dhanshika) turun ke lubang dgn tali terikat di pinggang dengan bantuan pihak keselamatan dan berjaya keluar Dhanshika dari lubang.
2. The 33
Filem ini mengisahkan 33 pelombong di Chile, yang terperangkap dalam lombong gua sedalam 700meter.
Mereka hanya mempunyai tiga hari makanan di ruang keselamatan, dan tiada cara untuk menghubungi dunia luar.
Nasib baik, Menteri Perlombongan yang gigih enggan berputus asa untuk mengeluarkan mereka hidup-hidup.
Separuh jalan dalam filem, mungkin anda dah mula menangis kerana keputusasaan dan rasa helpless yang dialami oleh pelombong.
Masing-masing mula merasakan tiada harapan, dan segala-galanya seolah-olah hilang. Namun keinginan mereka untuk terus hidup adalah luar biasa.
Usaha menyelamat yang hebat patut dipuji, manakala ahli keluarga yang berpegang teguh pada harapan sepintas lalu amat menyentuh perasaan.
Secara tak langsung, kita dapat mendalami kisah hidup pelombong yang mempertaruhkan nyawa mereka dengan sedikit bayaran.
Mesti tonton!
3. 127 Hours
Mungkin ramai yang dah pernah tengok movie ni kan?
Ia mengisahkan seorang hiker, Aron yang mendaki di sebuah canyon terpencil.
Semasa nak lompat ke seberang, Aron terjatuh dan tangan dihempap sebuah batu besar.
Memang suspen habislah cerita ni sebab ada scene yang ‘hardcore’ – contohnya apabila dia terpaksa memotong tangannya sendiri menggunakan pocket knife yang tumpul. (Aaarrrgghh!)
Siapa yang tak kental tak boleh tengok ni ok!
Bukan itu saja, dengan sumber air dan makanan yang telah habis, dia juga terpaksa minum air kencingnya sendiri semata-mata untuk survive. Aduhhh…
Walaubagaimanapun, ramai yang kata filem ni memang penuh inspirasi dan boleh menaikkan semangat tau.
4. Tunnel (Korea)
Filem Korea yang ditayangkan pada 2016 ini pula tentang kisah orang terperangkap dalam terowong.
Sebuah terowong yang dinamakan terowong Hado dengan panjang terowong sekitar 1961 meter tiba-tiba bergegar dan runtuh.
Salah seorang mangsa, iaitu watak utama dalam filem ini tertimbun dalam ribuan tan runtuhan dan konkrit terowong yang menimpa dan menghimpit keretanya.
Di dalam keretanya hanya terdapat telefon bimbitnya, air mineral 500 ml sebanyak 2 botol dan kek harijadi anaknya.
Filem ini juga seperti menyindir isu sosial tentang media penyiaran, selain itu unsur kemanusiaan juga menjadi tumpuan utama disini, filem ini bukan hanya filem “disaster” namun juga mengandungi pesanan moral yang baik disamping beberapa unsur dramatik yang kita biasa lihat dalam filem atau drama Korea yang menghiasi beberapa babak dalam filem ini.
Baca juga: Meninggal Dunia Selepas Diselamatkan, Ini Kronologi Tragedi Adik Rayan
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Salam takziah buat ibu ayah dan keluarga arwah dan berehatlah adik Rayan di syurga sana. Al-Fatihah (Dibaca)