Awas, 1620kg Celery Diimport Dari China Dikesan Mengandungi Racun Perosak – KKM
Jabatan kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) melupuskan sebanyak 1,620 kg saderi (celery) yang dimport dari China kerana mengandungi racun perosak Orgnanonitrogen melebihi had dibenarkan.
Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dr Maarof Sudin, berkata sayuran bernilai RM12,960 itu dirampas dalam pemeriksaan di pintu masuk antarabangsa Pulau Pinang sebelum ini.
Katanya, pemantauan dibuat secara berkala oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sejak tahun lepas selepas mengesan pelanggaran residu racun perosak.
“Hasil daripada pemantauan yang dijalankan pada 2020, pihak kita mendapati secara puratanya 12.2 peratus produk celery (saderi) terbabit dalam pelanggaran residu racun perosak.
Baca juga:
- Fakta Acrylamide Dalam Biskut / Makanan & Kaitan Dengan Kanser – KKM
- Cara Mohon Permit Hiking Gunung / Bukit / Air Terjun Hutan Simpan
“Kebolehkesanan telah dilaksanakan dan diuar-uarkan kepada pengeluar serta pengimport produk hasil pertanian berkaitan perkara ini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Maarof berkata JKNPP akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan semua pengeluar, penjual, ejen dan pengimport produk hasil pertanian mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan- Peraturan Makanan 1985 demi melindungi pengguna.
Rujuk kenyataan penuh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (KKM) di bawah: