in , ,

Ulasan Pergaduhan Antara Oyen Dan Si Hitam Mencuit Hati Netizen!

ADVERTISEMENT

Yang namanya oyen, kalau tak buat hal satu hari tak sah!! Tular satu video daripada tiktok berdurasi 34 saat dimana kucing oren dan kucing hitam telah bergaduh di tengah jalan.

Kucing berwarna oren atau lebih famous dipanggil oyen memang sangat terkenal dengan gelangat nakalnya dan gengster. Tetapi sebenarnya kucing berwarna hitam lebih gengster daripada oyen.

ADVERTISEMENT
Babak pergaduhan diantara oyen dan si hitam.

Lebih menarik perhatian, pergaduhan itu telah diulas oleh seorang lelaki iaitu pemilik video. Seolah-oleh menyaksikan satu perlawanan secara lansung di kaca televisyen.

@madlohoq

pergaduhan antara BLACK AND OYENN

♬ original sound – muhdmohsin

Lebih melucukan lagi, pergaduhan antara si oyen dan si hitam telah disaksikan oleh sekumpulan kucing berwarna oren di tepi pagar rumah yang mungkin rakan kepada si oyen itu. Gelangat sekumpulan kucing oren itu seolah-olah sedang menunggu arahan untuk “backup” ketua mereka si oyen untuk menyerang si hitam.

Babak pergaduhan disaksikan oleh sekumpulan kucin oren.

Namun tidak lama kemudian, si oyen mula berlari kedalam pagar rumah untuk menyelamatkan diri dari dikejar oleh si hitam. Dan hanya mampu dilihat oleh sekumpulan kucing oren yang lain tanpa berbuat apa-apa.

Di ruangan komen pula, netizen turut memberi ulasan tentang babak pergaduhan oyen dan si hitam itu.

Ada yang mengatakan:

“Hitam sebenarnya lebih gengster dari oyen”

“Tunggu arahan ketua tu”

Kredit Tiktok: madlohoq

Written by rina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

bantuan kanak-kanak jkm

Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM RM150, Maksimum RM1,000

‘Instafamous’ Ini Mahu Taja Tiket Bas Balik Kampung Untuk Yang Tidak Berkemampuan!