Pencen & Gaji Awal November 2022 Sempena PRU15

Penjawat awam dikhabarkan bakal diberikan cuti khas dan bayaran gaji awal sebagai inisiatif menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRU15 pada 19 November ini.

Menerusi surat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) bertarikh 7 November lalu, Perbendaharaan Malaysia dimaklumkan telah bersetuju untuk meluluskan permohonan pengecualian AP 105 bagi membolehkan pengeluaran gaji dan pencen diawalkan.

Penjawat awam dan pesara kerajaan bakal menerima bayaran gaji serta pencen lebih awal bagi November iaitu masing-masing pada 14 dan 17 November depan berbanding pada 25 hari bulan kebiasaannya.

“Kerajaan telah memikirkan pelbagai inisiatif bagi memberikan kemudahan kepada pengundi yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata Perdana Menteri, Ismail Sabri.

“Permohonan pengecualian AP 105 telah diluluskan supaya pembayaran awal emolumen kepada penjawat awam dan pencen kepada pesara kerajaan bagi November tahun 2022 dapat dilaksanakan.

“Bayaran pencen kepada penjawat awam akan dibuat pada 14 November (Isnin) manakala bayaran emolumen kepada penjawat awam pula pada 17 November ini (Khamis),” jelas surat tersebut.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam memaklumkan kerajaan sedang mengkaji kemungkinan pemberian cuti khas serta bayaran gaji awal sebagai inisiatif kerajaan bagi membolehkan pengundi pulang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sumber: Utusan Malaysia, Kosmo Online