15 Cara Jawab Soalan Temuduga Dengan Baik, Confirm Majikan Terpikat!

Bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang kita inginkan. Semuanya memerlukan usaha yang tinggi.

Daripada pandangan majikan pula, calon-calon temuduga mestilah berketrampilan bukan sahaja dari segi fizikal dan penampilan, malah personaliti juga perlu dittitipberatkan

Biarpun ada majikan yang akan melihat teliti keputusan dan pencapaian sewaktu graduan itu di Universiti, ada kalanya kemahiran berkomunikasi, berfikir dan menyelesaikan permasalahn juga diambil kira sebagai elemen utama yang harus diutamakan.

Kali ini kami ingin kongsikan kepada anda 15 jenis soalan dan jawapan lazim yang sering ditanya ketika temuduga bekerja.

Jika mahu majikan tertarik dengan anda, semak cara menjawab di bawah ini okay?

Baca juga: 6 Fungsi Telegram Yang Tiada Di Whatsapp, Siap Boleh Baca Al-Quran

1. Kenapa Kami Perlu Mengambil Anda Bekerja?

JAWAPAN: Jika encik/puan mengambil saya bekerja, ia merupakan platform yang terbaik untuk saya menunjukkan kebolehan saya. Walau apa pun tujuan dan impian saya, saya akan cuba sedaya upaya untuk mencapainya dalam masa yang terdekat.

Saya juga berminat untuk menjadikan syarikat encik/puan ini sebagai institusi untuk saya belajar perkara-perkara baru.

2. Apa Alasan Awak Untuk Berhenti Kerja Yang Terdahulu?

JAWAPAN: Ini adalah untuk meningkatkan daya kemahiran saya, saya mahu mencari peluang yang lebih besar untuk memajukan diri.

3. Kenapa Dah Lama Anda Menganggur?

JAWAPAN: Saya bukanlah menganggur seperti yang pihak encik/puan sangkakan. Dalam tempoh yang lepas, saya sebenarnya banyak menghadiri khursus pemantapan diri (beri contoh nama khursus). Dalam masa yang sama, saya juga banyak melakukan kerja-kerja sampingan seperti… (beri contoh).

4. Beritahu Saya Tentang Kebolehan Anda Untuk Bekerja Di Bawah Tekanan?

JAWAPAN: Saya akan kawal emosi agar sentiasa berada dalam keadaan tenang, seterusnya fokus untuk melakukan pelbagai kerja dalam masa yang sama di samping menanam sifat sabar.

5. Apa Ekspektasi Anda Terhadap Sesuatu Pekerjaan?

JAWAPAN: Peluang untuk meningkatkan kemajuan diri secara professional serta menjanjikan masa hadapan yang lebih cerah dan terjamin.

6. Terangkan Tentang Pengurusan Menurut Pemahaman Anda?

JAWAPAN: Saya akan selalu peka dengan kerja dan tugasan yang diberikan malah, dari masa ke masa akan sentiasa berbincang dengan ahli pasukan yang lain supaya kerja sentiasa berjalan dan dapat dilengkapkan sebelum sampai waktu yang telah ditetapkan.

7. Adakah Anda Seorang Rakan Kerja Yang Prihatin?

JAWAPAN: Ya, pasukan yang mengambil saya sebagai ahlinya akan sentisa dapat menyiapkan kerja dalam jangka waktu yang ditetapkan.

8. Apa Yang Paling Anda Tidak Suka Tentang Rakan Sekerja?

JAWAPAN: Saya percaya dengan kerjasama. Biarpun kadang-kala kita tidak dapat menjangka sifat orang lain (rakan sekerja), saya tetap akan buat yang terbaik dan cuba untuk mengelak msalah tersebut dariapda mempengaruhi emosi diri melainkan ianya ada kena mengena dengan tingkah peribadi saya.

9. Berapa lama Anda Jangka Untuk Bekerja Dengan Pihak Kami?

JAWAPAN: Selama mana pun. Asalkan sahaja ia mampu memberi motivasi kepada diri saya secara profesional.

10. Di Mana Anda Lihat Diri Anda Lima Tahun Dari Sekarang?

JAWAPAN: Saya melihat diri saya sedang memegang antara posisi jawatan tertinggi dalam syarikat malah mampu mengurus portfolio penting dalam syarikat ini.

11. Apakah Anda Merasakan Yang Anda Sudah Berjaya?

Ini Ciri-Ciri Pekerja Sales yang Paling Dicari Perekrut – TopCareerID

JAWAPAN: Ya, selain ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi daripada pelbagai cabaran hidup, saya juga berasa untung kerana dapat kenal dengan ramai rakan sejawat yang bagus-bagus belaka.

12. Apa Kelemahan Anda?

JAWAPAN: Saya akan fokus terhadap satu perkara dalam satu masa.

13. Apa Kekuatan Anda?

JAWAPAN: Saya lekas belajar, merupakan rakan kerja yang aktif dan boleh diharap.

14. Apakah Jawatan yang Anda Mahukan Jika Kami Mengamahkan Anda Untuk Menyelesaikan Sesebuah Projek?

JAWAPAN: Saya tak kisah, apa yang oenting adalah saya bisa memperolehi pengetahuan baru dalam projek itu nanti. Saya teruja untuk bekerjasama dengan rakan-rakan pasukan yang lain.

15. Ada Apa-Apa Soalan?

JAWAPAN: Jika ini soalan yang akhir ditanya, ia sebenarnya adalah peluang keemasan untuk anda membina satu hubungan dengan si panel yang menemu duga.

Banyak soalan yang boleh ditanya termasuklah:-

“Apakah cabaran terbesar yang dihadapi syarikat ketika ini?”

“Boleh beritahu saya serba sedikit tentang dengan siapa saya akan bekerjasama jika saya diterima kelak?”

Secara tidak langsung, soalan-soalan begini akan buat majikan berasa yang anda sangat berminat untuk bekerja di syarikatnya. Namun hati-hati supaya ia tidak terlalu kelihatan seperti sudah dirancang dan dihafal.

Semoga berjaya!

Baca juga: Ini Cara Paling Mudah Nak Baca Mesej ‘Whatsapp’ Tanpa ‘Bluetick’

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: