Ini Cara Paling Mudah Nak Baca Mesej ‘Whatsapp’ Tanpa ‘Bluetick’

Aplikasi Whatsapp banyak memberikan faedah kepada pengguna terutamanya untuk berhubung dan berkongsi fail seperti gambar, video dan dokumen.

Seperti yang ramai tahu, aplikasi ini juga didatangkan dengan ciri ‘Bluetick’ yang menandakan pengguna sudah membaca kiriman daripada seseorang.

Pelbagai isu juga berbangkit daripada perkara ini antaranya ialah ada orang yang terkilan sekiranya mesej yang dihantar tidak mendapat balasan, namun sudah dibaca. Pun begitu, pasti ada alasan mengapa penerima tidak membalas Whatsapp yang diterima.

Jadi, pasti ada cara untuk membaca mesej Whatsapp yang diterima, tanpa meninggalkan bukti ‘bluetick’ pada pengirim.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok iaitu BossAdrian_derisogadget, tindakan itu boleh dilakukan dengan hanya menggunakan aplikasi tersebut dan tidak perlu ‘install’ aplikasi tambahan.

Caranya mudah sahaja, ketika anda menerima mesej Whatsapp dari seseorang dan anda tidak mahu membukanya, anda hanya perlu ke ruangan ‘Carian’ dan taip nama pengirim tersebut. Dari situ, mesej pengirim akan terpapar pada ruangan tersebu.

Untuk lebih mudah memahaminya, anda boleh melihat video di bawah bagaimana untuk mengaplikasikan trik mudah ini.

Baca juga: Cara Tutup Fungsi ‘Blue Tick’ (Seen) Whatsapp. Boleh Elak Salah Faham

Sumber: TikTok bossadrian_derisogadget & Siakapkeli

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: