Tarikh Hari Raya Haji / Aidil Adha 2023
Tarikh Hari Raya Haji / Aidil Adha 2023 ~ Hari Raya Haji, Hari Raya Qurban atau Hari Raya Aidiladha adalah merupakan hari istimewa untuk umat Islam di serata dunia selain Hari Raya Aidilfitri.
Untuk pengetahuan anda, Hari Raya Haji akan disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah pada setiap tahun.
Jom baca perkongsian mengenai Hari Raya Haji 144h/2023 di bawah.
Tarikh Pengumuman Hari Raya Aidil Adha 2023
Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, di Malaysia, tarikh jatuhnya Hari Raya Aidil Adha 2023 juga akan ditentukan selepas pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja disiarkan.
Tarikh pengumuman ini belum lagi ditentukan dan akan dikemaskini kelak.
Pengumuman yang dinantikan oleh semua umat Islam itu akan disiarkan menerusi radio dan televisyen (RTM TV1), BERNAMA, Astro Awani, TV3, dan stesen-stesen media utama Malaysia termasuklah media sosial.
Tarikh Rasmi Hari Raya Aidil Adha / Hari Raya Korban / Hari Raya Haji 2023
Menurut kalendar / Takwim Islam yang dikemaskini oleh JAKIM, tarikh jangkaan Hari Raya Haji 2023 adalah pada 10 Zulhijjah 1444H, iaitu bersamaan dengan 29 Jun 2023*
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Haji / Korban adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).
TARIKH HIJRI | TARIKH MILADI | HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM |
---|---|---|
27 REJAB 1443 | 1 Mac 2022 | Israk dan Mikraj |
*01 RAMADHAN 1443 | 3 April 2022 | * Awal Ramadan/Berpuasa |
17 RAMADHAN 1442 | 19 April 2022 | Nuzul Al-Quran |
*01 SYAWAL 1443 | 2 Mei 2022 | Hari Raya Puasa / Aidilfitri |
01 ZULHIJJAH 1443 | 1 Julai 2022 | Awal Zulhijjah |
*10 ZULHIJJAH 1443 | 10 Julai 2022 | * Hari Raya Korban / Aidiladha |
01 MUHARRAM 1444 | 30 Julai 2022 | Awal Muharam / Maal Hijrah |
12 RABI’ULAWAL 1444 | 9 Oktober 2022 | Maulidur Rasul |
*Tertakluk kepada perubahan dan akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
Cuti Hari Raya Haji Setiap Negeri 2023
Hari Raya Aidil Adha merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan di Malaysia, bermaksud seluruh negara akan bercuti pada hari tersebut.
Jumlah hari yang diperuntukkan adalah 1 hari bagi semua negeri, manakala bagi negeri Kelantan dan Terengganu akan mengambil cuti 2 hari.
Perincian bagi setiap negeri boleh dirujuk melalui jadual di bawah:
Apakah Hari Raya Aidiladha?
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam.
Ibadah korban yang dikerjakan pada Hari Raya Aidiladha pula adalah bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.WT.
Rentetan dari peristiwa ini, setiap tahun ketika perayaan Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-binatang korban lalu mengagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Seperti Hari Raya Aidilfitri, Pada hari raya korban ini juga, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian.
Umat Islam akan mengerjakan Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Tahukah anda, tarikh 10 Zulhijjah ini juga merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
BACA JUGA:
- Gantian Cuti Rehat (GCR): Kenaikan Kadar Maksimum & Pemberian Awal Award Wang Tunai
- Cuti Umum Hari Keputeraan Agong 2023 Di Malaysia
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di pautan berikut: https://www.islam.gov.my/en/