Cuti Umum Hari Keputeraan Agong 2023 Di Malaysia
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong adalah merupakan hari cuti umum bagi setiap negeri di Malaysia.
Hari keputeraan Agong adalah peluang untuk golongan muda menghayati dan mengamati proses Institusi beraja di Malaysia.
Rakyat Malaysia dan golongan muda terutamanya perlu memahami perlembagaan dalam negara kita dimana institusi diraja merupakan salah satu elemen dalam politik dan tadbir urus negara.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Hari Keputeraan Agong 2023 dan tarikh cuti umum di Malaysia.
BACA JUGA: Gantian Cuti Rehat (GCR): Kenaikan Kadar Maksimum & Pemberian Awal Award Wang Tunai
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan (YDP) Agong merupakan cuti umum di Malaysia, dan akan disambut pada hari Isnin pertama Jun setiap tahun sejak tahun 2021.
Yang di-Pertuan Agong adalah Raja di Malaysia. Biasanya perayaan ini akan diadakan di Istana Negara dan Raja akan memberi ucapan kepada rakyat Malaysia, disiarkan melalui televisyen dan radio.
Tarikh Cuti Umum Hari Keputeraan Agong 2023
Tarikh sambutan Hari Keputeraan Agong bagi tahun ini adalah pada 5 Jun 2023 (Isnin).
Hari keputeraan perlu dijadikan hari istimewa bagi menghargai jasa-jasa mereka membentuk negara Malaysia sebelum ini.
Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan mengisytiharkan bahawa Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Utama Persekutuan, hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang dalam Persekutuan perlulah diberikan pemahaman bagi setiap rakyat Malaysia.
NOTA: Setiap pekerja wajib diberikan cuti pada hari cuti umum Hari Keputeraan Agong 2023 oleh pihak majikan.
Senarai Yang Di-Pertuan Agong
YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM BELAS
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Negeri: Pahang
Tempoh: 31 Januari 2019 – Kini
YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA BELAS
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V
Negeri: Kelantan
Tempoh: 13 Disember 2016 – 6 Januari 2019
YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT BELAS
Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Negeri: Kedah
Tempoh: 13 Disember 2011 – 12 Disember 2016
YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA BELAS
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah
Negeri: Terengganu
Tempoh: 13 Disember 2006 – 12 Disember 2011
YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA BELAS
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 13 Disember 2001 – 12 Disember 2006
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
Negeri: Selangor
Tempoh: 26 April 1999 – 21 November 2001
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH
Al-Marhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 26 April 1994 – 25 April 1999
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN
Al-Marhum Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Negeri: Perak
Tempoh: 26 April 1989 – 25 April 1994
YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN
Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail
Negeri: Johor
Tempoh: 26 April 1984 – 25 April 1989
YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH
Al-Marhum Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’adzam Shah
Negeri: Pahang
Tempoh: 26 April 1979 – 25 April 1984
YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
Negeri: Kelantan
Tempoh: 21 September 1975 – 29 Mac 1979
YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA
Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Negeri: Kedah
Tempoh: 21 September 1970 – 20 September 1975
YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT
Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin
Negeri: Terengganu
Tempoh: 21 September 1965 – 20 September 1970
YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA
Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 21 September 1960 – 20 September 1965
YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA
Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
Negeri: Selangor
Tempoh: 14 April 1960 -1 September 1960
YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 3 Ogos 1957 – 1 April 1960
Sumber: https://www.parlimen.gov.my/yda-senarai-yang-di-pertuan-agong
LAMPIRAN: SENARAI CUTI UMUM BAGI TAHUN 2023
Dimaklumkan berikut adalah senarai cuti umum Persekutuan dan Negeri bagi tahun 2023 di Malaysia.
Perincian bagi setiap negeri boleh dirujuk melalui jadual di bawah:
JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN 2023
JADUAL HARI KELEPASAN AM NEGERI 2023
Sumber: https://www.pmo.gov.my/ms/jadual-hari-kelepasan-am-2021/
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh rujuk:
Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 4 Timur, Bangunan Perdana Putra,
62502 Putrajaya.