Cara Kemaskini Status Zon Covid-19 Melalui MySejahtera
Seperti yang diumumkan dalam sidang media tempoh hari, Kelonggaran Gelembung Perjalanan Domestik akan berkuatkuasa pada 22 November 2020 dan akan menggunakan aplikasi MySejahtera bagi menentukan status zon Covid-19 seseorang itu adalah dari zon hijau.
Melalui SOP terbaharu itu, 2 jenis perjalanan yang dibenarkan adalah seperti berikut:
Baca juga: SOP Solat Jumaat PKPB Terkini Di Setiap Negeri (9 Nov-6 Dis 2020)
i) Pergerakan yang dibenarkan tetapi PERLU mendapat kebenaran PDRM
- Pergerakan Rentas Negeri Antara Negeri Hijau melalui Negeri Merah
- Pergerakan Rentas Daerah / Negeri dari Negeri Hijau ke Daerah Hijau di Negeri Merah
Contoh situasi:
- Jika negeri PKPP (hijau) nak ke negeri PKPP yang lain tetapi melalui negeri PKPB perlu mendapatkan kebenaran pihak polis.
- Perjalanan dari daerah hijau ke daerah hijau yang lain di negeri PKPB. Sebagai contoh Pahang (zon hijau) hendak ke Negeri Sembilan (Zon Merah), tetapi daerah Tampin adalah zon hijau, adalah dibenarkan tetapi perlu mendapat kebenaran PDRM.
ii) Pergerakan yang dibenarkan TANPA mendapat kebenaran PDRM
- Pergerakan Rentas Daerah Dalam Negeri Hijau
- Pergerakan Rentas Negeri Antara Negeri Hijau
Contoh situasi:
- Di dalam negeri PKPP, seseorang boleh melancong, katakan rakyat dari Pahang hendak ke Taman Negara di negeri itu, boleh berbuat demikian. Maksudnya melancong di dalam negeri, tidak perlu mendapatkan kebenaran polis.
- Perjalanan merentas negeri antara negeri zon hijau (PKPP), sebagai contoh dari Pahang nak ke Terengganu, boleh ada pergerakan rentas negeri.
- Bagi rakyat dari daerah zon hijau juga, mereka boleh melancong ke daerah zon hijau walaupun di bawah negeri zon merah.
*Sumber: https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2940762142693339 & Astro Awani (Kemaskini 20 November 2020)
Untuk mengetahui status zon Covid-19 di tempat anda, anda boleh membuat semakan menggunakan aplikasi MySejahtera.
Di sini kami kongsikan cara untuk kemaskini status lokasi semasa menggunakan aplikasi MySejahtera untuk melihat warna zon.
Cara Kemaskini Status Zon Covid-19 Menggunakan Aplikasi MySejahtera Untuk Melihat Warna Zon
Berikut adalah langkah yang dikongsikan oleh Malaysia Government Call Centre @MyGCCMalaysia :
1. Buka Aplikasi MySejahtera
Klik ‘Tutup’ pada paparan Check-In.
2. Klik ‘Status Risiko’
Anda perlu sentiasa kemas kini status risiko untuk melihat status terkini lokasi semasa anda.
Tekan ikon ‘Status Risiko’ seperti yang ditandakan pada rajah di bawah.
3. Kemaskini Status Kesihatan Anda
Klik ‘Mula’ pada paparan ini.
Jawab semua soalan dan klik hantar.
Keluar Notis Pastikan Maklumat Tepat. Klik OK.
Keluar Notis Terima Kasih.
Kini anda boleh rujuk profil untuk melihat status terkini.
Teruskan dengan Klik butang OK.
4. Lihat Status Zon Covid-19 Terkini Di Profil Anda
Klik ikon ‘Profil’.
Anda dapat melihat tarikh terkini berserta warna zon status lokasi terkini mengikut daerah anda seperti paparan di bawah.
Ini bermaksud, untuk melihat status terkini lokasi semasa anda pada keesokan hari atau minggu hadapan, anda perlu sentiasa mengemaskini status risiko anda dan mengulangi langkah ini di Aplikasi MySejahtera.
Baca juga: MySalam Covid-19: Cara Claim RM50/Sehari Jika Anda Dikuarantin (PUI) Atau Disahkan Positif
Maklumat Lanjut Tentang Status Zon Covid-19 Di Malaysia
Untuk maklumat lanjut tentang status zon Covid-19 di malaysia atau di setiap negeri, sila rujuk laman web http://covid-19.moh.gov.my/terkini
atau
Dapatkan maklumat terkini dan sahih melalui media sosial MALAYSIA GOVERNMENT CALL CENTRE (MyGCC)MyGCC di:
- https://www.facebook.com/MyGCCMalaysia
- https://www.instagram.com/MyGCCmalaysia
- https://twitter.com/MyGCCMalaysia
atau
Hubungi Bilik Gerakan KKM melalui medium berikut:
- Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
- Whatsapp : +60178429454
- Email : [email protected]
- Waktu Operasi : 8:00 pagi – 5:00 petang