Google Kaburkan Rumah Ini Untuk Selamanya. Ini Sebabnya!

Kecanggihan teknologi masa kini membolehkan hampir setiap lorong di dunia boleh diakses walaupun kita tidak berada di situ hanya dengan menggunakan aplikasi Google Earth.

Google Earth bukan sahaja merekodkan peta bumi, tetapi berjaya membuatkan peta bumi di akses dengan gambar realiti dan berbentuk tiga dimensi.

Semuanya telah diprogramkan dengan jayanya menggunakan gambar satelit, foto 360, foto udara dan GID dan menjadikan dunia dalam bentuk 3D dan realistik. Hasilnya kita boleh melihat sesuatu tempat dari pelbagai sudut.

Setakat ini Google mendedahkan bahawa Google Earth terkini telah merangkumi lebih dari 98 peratus peta dunia dan telah menangkap hampir 10 juta batu foto Street View.

Hasil daripada foto Street View ini anda boleh melihat apa sahaja yang direkodkan seakan anda sedang berada di situ tanpa perlu pergi ke sana.

Namun begitu, tahukah anda walaupun Google Street View telah merekodkan hampir semua lorong di dunia ini, ada satu lorong yang terletak di Amerika Syarikat ini terdapat satu rumah yang dikaburkan oleh Google untuk selamanya.

Rumah yang dimaksudkan adalah rumah yang beralamat di Seymour Avenue 2207, Cleveland Amerika Syarikat. Rumah tersebut menyimpan kisah kejam dan tragis yang tidak boleh dilupakan.

Anda boleh melihat sendiri dengan membuat carian menggunakan koordinat 41°28’21.6″N 81°41’52.7″W ini, anda akan dapat melihat sendiri rumah tersebut yang dikaburkan oleh pihak Google Earth.

Rumah tersebut merupakan sebuah rumah yang dimiliki oleh Ariel Castro. Ariel Castro merupakan seorang yang dikatakan telah melakukan satu perbuatan yang sangat keji dan tragis kepada tiga orang gadis.

Dia telah menculik, menyeksa serta merogol ketiga-tiga mangsanya selama 10 tahun!

Diawal kehidupannya, Ariel Castro ini sebenarnya dilahirkan di Puerto Rico pada 10 Julai 1960 dan kemudiannya telah berpindah mengikut keluarganya di Cleveland, Ohio.

Pada 1992, Ariel telah membeli sebuah rumah di Seymour Avenue 2207 dan telahpun berkahwin dan hasil perkahwinannya dia telah mempunyai empat orang anak.

Namun begitu, sikap Ariel yang selalu bertindak ganas dan memukul isterinya membuatkan isterinya bertindak untuk meninggalkannya pada 1996. Dari perpisahan itu, bekas isterinya telahpun mendapat hak penjagaan sepenuhnya untuk anak-anak mereka.

Keganasan Ariel tidak terhenti di situ sahaja, apabila dia mula melakukan penculikan pertamanya dan mangsa yang pertamanya dikenali sebagai Michelle Knight.

Tidak puas dengan mangsa pertama, dia bertindak untuk menculik dua orang gadis lagi iaitu Amanda Berry serta Gina Dejesus. Menurut laporan, Ariel Castro menculik dan mengurung ketiga-tiganya di dalam kediamannya tanpa meninggalkan satu jejak pun.

Kehilangan tiga orang mangsa terbabit membuatkan pihak FBI masuk campur dan turut berkerjasama dengan pihak polis untuk melakukan siasatan serta melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang.

Usaha pencarian buntu walaupun pelbagai usaha telah dilakukan dan ditambah dengan teknologi pada masa itu masih belum canggih.

Walaupun telah dikurung selama 10 tahun, ketiga-tiga gadis tersebut tidak pernah berputus asa untuk mencari jalan bagi menyelamatkan diri mereka walaupun tahu ianya bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun begitu pada 6 Mei 2013, pintu rumah Ariel Castro didapati tidak berkunci. Ketiga-tiga gadis tersebut terus mengambil kesempatan dengan membuka pintu tersebut dan berteriak sekuat hati dengan harapan jeritan mereka didengari oleh jiran.

Cubaan mangsa melepaskan diri akhirnya membuahkan hasil apabila jiran tetangga Ariel Castro mendengari jeritan meminta tolong. Dengan pantas mereka berkumpul dan memecahkan pintu serta jendela untuk menyelamatkan mangsa yang telah terperangkap di rumah tersebut selama 10 tahun.

Akhirnya pihak polis berjaya menangkap Ariel Castro dan terjawab segala persoalan yang timbul waktu siasatan dahulu dijalankan.

Beliau akhirnya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan ditambah 1000 tahun untuk segala kejahatan yang telah dilakukannya.

BACA JUGA: Pekerja Restoran Dikurung, Dibayar Gaji Hanya RM10 Sehari

Namun begitu, pada 3 September 2013, Ariel Castro dikatakan telah membunuh diri di dalam sel tahanannya pada 9.20 malam dan disahkan meninggal dunia pada 10.52 malam di Hospital Wexner Ohio State University.

Berita mengenai kehilangan ketiga-tiga mangsa tersebut menjadi tular dan kekejaman yang dilakukan oleh Ariel Castro ketika itu membuatkan pihak berkuasa memutuskan untuk merobohkan rumah banduan tersebut.

Sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa, pihak Google turut memutuskan agar rumah Ariel Castro di Seymour Avenue itu dikaburkan di Google Earth.

Kisah tragis ini juga diceritakan di dalam satu filem yang bertajuk Cleveland Abduction pada 2015. Ianya dibintangi oleh Taryn Manning dan Raymond Cruz.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: